Margins
Kembara Mistik 2.0 book cover
Kembara Mistik 2.0
Kebaya
2020
First Published
3.85
Average Rating
152
Number of Pages

Part of Series

KEBAYA TELEPOK MERAH - Maria Kajiwa "Kasaku bukan kasa biasa, kasa kujemput dari gunung, sulamku bukan sulam biasa, sulamku menikam urat jantung. Benang bertemu benang, kain ditujah-tujah... Sayang bertemu sayang... jasad bermandi darah. Sebelum jarum ditujah, matanya dicelup dengan darahnya sendiri. Bunga telepok yang disulam semakin merah. Pakai bukan sebarang pakai, pakai memakai naik seri, seri naik bersama dendam, dendam naik mengambil nyawa..." KAIT INANG - Syasya de Luna Delima mengerling ke arah Inang Merah yang sedang menjilat-jilat kotoran di kawasan yang menjadi tapak aktiviti pemujaan. "Jika kau tahu, apa yang akan kau lakukan?" INANG MERAH "Aku akan bunuh semua keturunan Inang Merah sehingga kau tiada pilihan selain taat kepadaku." - DELIMA. Kain kafan Manis diselak. Delima tidak peduli dengan bau jasad yang sedang dimamah ulat. PRIMADONA - Rhea "Aku masih cantik." MANISAH. "Aku akan buktikan yang aku masih layak menjadi watak utama di atas pentas." Susuk bayang seorang wanita berada di belakang Manisah. Lemah gemalai dia menari di atas pentas menjadi persembahan yang menawan hati. Dada Manisah semakin sakit. Darah mengalir di bucu bibir. Dia rebah. Lirikan mata dia merenung ke arah seseorang. Dunia gelap yang penuh misteri dan mistik. Pelbagai kisah pengalaman barangkali dijadikan cerita untuk direnungi. Beranikah anda menjiwai, merasa detak dan menyelami dunia suram dan seram ini di dalam KEMBARA MISTIK 2.0?

Avg Rating
3.85
Number of Ratings
33
5 STARS
27%
4 STARS
39%
3 STARS
27%
2 STARS
3%
1 STARS
3%
goodreads

Authors

Maria Kajiwa
Author · 32 books
Camellia dan Maria Qay adalah nama pena lain bagi penulis Maria Kajiwa.
548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
© 2026 Paratext Inc. All rights reserved