Margins
Kembara Mistik 2.0 book cover
Kembara Mistik 2.0
Anak Patung
2020
First Published
3.69
Average Rating
150
Number of Pages

Part of Series

KESUMAT - Zaifu Zaman Ahmad Ada seseorang yang memuja semangat gadis itu dengan mengambil rambutnya lalu diletakkan pada satu patung yang sudah pun dijampi serapah. Tidak mudah untuk membuka kuncinya. "Seperti yang dikhabarkan kepada kita. Sumpahan itu perlu dibuka kuncinya. Jika tidak adik hamba pasti tidak akan selamat." PATUNG VENA - Jeehan Daripada kilauan kilat tadi, aku nampak susuk di dalam tab mandi sedang berada di dinding dengan muka sama seperti tadi, mata terbeliak dan mulut tersenyum, menakutkan aku. Seumur hidup aku tak pernah aku nampak senyuman seperti itu. "Kau nak apa hah!?" SHOU - Farhah Aiddin "Shou, Shou, bangun Shou! Bangun!" Aku menggoncang kuat tubuhnya. Berulang-ulang kali. "Hehehe! Dia sudah mati Ifham. Dah mati!" Suara mengilai itu buat aku tergamam. Makhluk itu memeluk tubuh aku dari belakang. Dia melingkar di tubuh aku. "Sekarang, tunaikan permintaan aku pula. Bersatu dengan jasad aku!" Dunia gelap yang penuh misteri dan mistik. Pelbagai cerita pengalaman barangkali dijadikan kisah untuk direnungi. Beranikah anda menjiwai, merasa detak dan menyelami dunia suram dan seram ini di dalam Kembara Mistik 2.0? JANGAN SENTUH! WALAU KAKU DISANGKA TIDAK BERNYAWA...

Avg Rating
3.69
Number of Ratings
29
5 STARS
24%
4 STARS
24%
3 STARS
48%
2 STARS
3%
1 STARS
0%
goodreads

Authors

Zaifu Zaman Ahmad
Author · 18 books
Anak kelahiran Muar, Johor ini mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Panglima Adnan, Port Dickson sebelum meneruskan pengajiannya di Sekolah Menengah Sri Rusa, Port Dickson dan Sekolah Menengah Tengku Mahkota, Muar, Johor. Minatnya dalam penulisan kreatif bermula sejak di bangku sekolah lagi. Pada mulanya, dia menulis hanya untuk main-main sahaja tetapi apabila mendapat galakan dari ibu bapa dan kawan-kawan, barulah beliau berani menghantar karya-karya ke syarikat-syarikat untuk diterbitkan. Beliau telah melibatkan diri dalam bidang penulisan novel bermula pada tahun 1994.
548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
© 2026 Paratext Inc. All rights reserved