
“Jauh Perjalanan luas pandangan”. Demikianlah kesimpulan yang dapat diberkas melalui pembacaan buku Kembara Sastera Nisah Haron. Nisah Haron, penulis sepenuh masa yang sanggup meninggalkan kerjaya profesionalnya sebagai peguam, kerana kecintaannya dan keyakinannya kepada dunia penulisan, khususnya bidang kesusasteraan, berjaya merakamkan pengalaman pengembaraannya dari United Kingdom ke Dublin yang bertemakan buku dan kesusasteraan. Nisah Haron menggunakan sepenuhnya peluang dan ruang daripada pengamatannya untuk dibawa balik dan melahirkan hasil pengamatannya itu dalam bentuk buah fikiran atau idea baharu yang boleh dimanfaatkan di tanah airnya. Terutama yang berkait dengan kebajikan para penulis; agar dihargai dan dikenang jasa mereka sepanjang zaman, biarpun mereka telah tiada lagi di dunia ini. Lantaran buku ini ditulis oleh seorang penulis kreatif, perlukisan lokasi geografinya melalui kata-kata amat berkesan, hingga jelas terbayang di mata bagaikan pembaca turut berada di tempat yang ceritakannya. Pembaca juga dapat menyelami jiwa penulis riang, duka, getir dan tabah penulis menghadapi cabaran dalam merealisasikan cita-citanya. Sesungguhnya buku ini bukan hanya mengisi kisah kembara tetapi lebih daripada itu, tentang nilai persahabatan, nilai persaudaraan dan motovasi bahawa dalam kehidupan ini pandanglah dengan pandangan yang positif dan bersangka baiklah kepada Allah kerana Dialah yang Maha Pemberi segala yang difikirkan hamba-Nya. “Nisah, anda sangat berani dan sangat merangsang. Suami dan lima orang anak anda juga sangat berani dan memahami. Bapak kagum!” - Dato' (Dr.) A. Samad Said
Author

Born in Seremban, Negeri Sembilan on 20 April 1973, Nisah Haron has been writing as a hobby since 1988. She has written forty short stories, five novels, essays and a few poems published in local literary magazine and newspaper. Nisah Haron had her legal education from National University of Malaysia and graduated in 1997. She also obtained her LL.M from the same instition in 2006. She practised as an advocate and solicitor as well as a syarie counsel for eight years before becoming a full-time writer in 2006. She advocates on the copyright awareness among writers and publishers. Nisah has also written a copyright book for laymen entitled "Karya Kita Hak Kita - Panduan Hak Cipta" (Al-Ameen Serve Holdings, 2008). Her works has been received my awards including Hadiah Sastera Perdana Malaysia, Hadiah Sastera Kumpulan Utusan and many others. Recently, she won first place in Hadiah Sastera Berunsur Islam with her winning short-story, “Aset Istiqamah”. Her personal blog is www.annyss.blogspot.com, or join her on Facebook "Nisah Haron - Pengarang". Nisah Haron full bio is available online - http://annyss.blogspot.com/p/biodata-...