Margins
Kerana Dia, Ratu Sehari book cover
Kerana Dia, Ratu Sehari
2013
First Published
4.09
Average Rating
844
Number of Pages

Dari mana datangnya cinta? Kerana Dia, Ratu Sehari - ceritanya seindah judulnya. Cinta itu bagai kupu-kupu, kan? Kalau dikejar ia terbang lari menjauh. Namun kalau tidak dihiraukan, ia senang-senang saja bertenggek di atas bahu. Begitulah cinta! Kadang-kadang kalau sudah terpahat dalam hati, sukar pula untuk diusir pergi. Cinta sejati, adalah cinta yang kukuh tersemat sepanjang zaman. Kisah cinta tak pernah serupa tapi bermulanya tetap sema - dari mata turun ke hati. Kait-berkait akar beringin, Di situlah banyak ular melata; Nak kupesan pada angin, Sayangnya angin tak tahu berkata. Ada yang berkata untuk rindu ini, jika sayapnya tidak dapat terbang jauh. Jadi marilah terbang jauh dengan 'mendengar' 40 cerpen yang manis, oleh penulisnya yang manis-manis, tentunya. 'Saksilah' bagaimana 37 penulis Antologi Cerpen Adiwarna mengungkap fasal cinta dan kasih sayang; mengenal bahagia dan duka lara; tentang indahnya menyimpan rasa! Banyak yang lucu-lucu, banyak yang indah-indah - sehingga yang membacanya jadi iri dan cemburu pada kisah cinta mereka. Dan... ramai pula yang bertanya, "Begitukah jadinya kalau hati sudah dicuri?" Jawapan saya; "Tanya pada penulisnya!" Kerana Dia, Ratu Sehari hanyalah kisah orang-orang kecil tetap di dalamnya terakam 'petua hati' sebagai teladan. - Noor Suraya

Avg Rating
4.09
Number of Ratings
108
5 STARS
40%
4 STARS
34%
3 STARS
22%
2 STARS
3%
1 STARS
1%
goodreads

Authors

Norisah A. Bakar
Norisah A. Bakar
Author · 1 books
Menulis sejak tahun 1987 dengan sajak dan cerpen tersiar di Berita Minggu ( Singapura ). Novel pertama TAKDIR telah memenangi Anugerah Penghargaan dalam Sayembara Novel Watan 2 ( Singapura ). Telah menghasilkan tujuh novel dewasa / umum sehingga kini serta sebuah cerpen MAIN KAHWIN-KAHWIN dalam Antologi Cerpen KERANA DIA, RATU SEHARI terbitan Js Adiwarna. Sebuah cerpen EMAK NAK BALIK dalam Antologi KEPADAMU KEKASIH terbitan JS Adiwarna. Dua buah puisi, KENANGAN TINGGAL DI RUMAH DERET dan RUSUHAN KAUM 1964 dalam Antologi Sajak dan Cerpen, HEMPEDU DI TASIK MADU terbitan Asas 50.
Kamalia
Kamalia
Author · 3 books

Mula menulis sejak kecil lagi dengan menulis diari dan masih lagi menulis diari sehingga sekarang. Sekitar 2008, mula menulis untuk umum pula apabila aktif menulis cerpen. Kemudian, pada 2010 buku pertamanya terbit di bawah rumah penerbitan JS Adiwarna Publications & Distributors. Buku pertamanya adalah buku kanak-kanak yang berjudul Si Cantik Cempaka. Kemudian, terbit pula novel umum pertama, Gerabak Merah Jambu. Novel umum terbaharunya yang terbit pada 2013 berjudul Dia Bukan Shah Rukh Khan. Cita-cita utama dalam penulisan sekarang adalah mahu menulis sebuah kesah psychological-thriller atau kesah cinta bersulam elemen psikologi. Penulis kegemaran, tak ada yang spesifik tapi kalau berdasarkan daripada penulis yang banyak dibaca bukunya: Haruki Murakami, Faisal Tehrani, Andrea Hirata, Azizi Haji Abdullah, Isa Kamari, dll yang tak ingat. Jadi, kesimpulannya, bukanlah tentang penulis sangat tapi isi cerita yang dipersembahkan. Antara karya yang sudah terbit: 1. Si Cantik Cempaka (2010) 2. Gerabak Merah Jambu (2012) 3. Bukan Suatu Kebetulan (Antologi Cerpen 'Kisah Cinta Seribu Wajah') 4. Dia Bukan Shah Rukh Khan (2013) 5. Konspirasi (Antologi Cerpen 'Kerana Dia, Ratu Sehari') 6. Demimu Suri, Aku Sanggup Mati (Antologi Cerpen 'Cinta Pertama)

Aimi Shabana
Aimi Shabana
Author · 3 books

AIMI SHABANA dilahirkan pada 29 Julai di sebuah perkampungan kecil di bahagian utara Negeri Perak. AIMI SHABANA orangnya pemalu. Lidahnya tidak sepetah orang lain dan pada yang baru mengenalinya, dia mungkin akan dianggap sebagai seorang yang pendiam. Maka, AIMI SHABANA menggunakan medium lain untuk berkata-kata bagi menterjemahkan isi hatinya yang terpendam. Dia menjadi penulis dan dia mahu berkongsi cerita dengan sesiapa sahaja yang sudi untuk membaca kisahnya.

Naufal Tarmizi
Naufal Tarmizi
Author · 3 books

BIRTH PLACE : Cairo, EGYPT CITIZENSHIP : Malaysia ACADEMIC BACKGROUND Primary : SK Slim River (SK Jalan Kelab Sukan) Secondary : Maktab Mahmud Alor Star Pre-U : Kolej Islam Sultan Alam Shah DEGREE Bachelor : UM in Shariah & Law Master : UM in Islamic Financial Law (Shariah) SHORT STORIES (1) Kerana Dia Ratu Sehari (published by JS Adiwarna/December 2013) (2) Lunyai (published by Lejenpress/December 2013) (3) Rasuk (published by Lejenpress/April 2014) (4) Jalan Tengah (published by Roman Buku/April 2015) PUBLISHED NOVEL (1) Nak Kahwin Duit Tak Ada (published by JS Adiwarna/June 2013) (2) Skandal Libero (published by Lejenpress/December 2013) (3) Lolos Penjara (published by Lejenpress/April 2014) (4) Dalang (published by Lejenpress/September 2014) (5) Rosmoh: Perempuan Puaka (published by Lejenpress/April 2015) (6) Roman Celaka (published by Lejenpress/February 2016)

Nirrosette
Nirrosette
Author · 4 books

Nirrosette aka Nir, Nirro and Mother of Roses Dilahirkan pada August 2011 (mengikut kalendar Jemari Seni) Loves listening to sad and sappy love songs while writing. Obsessed with the scent of roses hence the chosen pen name. Here's a list of my published work: 1. Ikhlas A.K (2011) 2. Nah, Untuk Awak (2012) 3. Tunggu Aira Di Kota Bandung (2013) 4. Gaun Pengantin Untuk Hannah dalam Antologi Kerana Dia Ratu Sehari (2014) 5. Ice dalam Rasa (2014) 6. Warkah Untuk Abah dalam Antologi Di Bawah Langit Tanah Pertiwi (2015) 7. Bos Aku Kerek bersama The Awesome Five (2018) 8. Emma X Hud (2018) 9. Love, Kaseh dalam Malam 1000 Bulan (2020) 10. Masquerade dalam Love, Perhaps (2021) 11. Love You A Latte dalam Hope (2021) 12. Rhymes of Reason (2021) 13. Puisi untuk Aira (2021) 14. Buah Hati Nafeesa (2022) 15. Ikhlas A.K! revamped (2023) 16. Prelude Cinta Kita (2023) Happy reading and reviewing! Find me on IG: Nirrosette Love, N

Rodier
Author · 6 books
RodieR or Rodhiah Rahman is a pharmacist who sees writing as a huge passion. She collects poems and quotes and loves travelling. She has published two Malay novels with Jemari Seni and has built her own group of readers. One fine day she hopes she can share her stories with the world.
548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
© 2025 Paratext Inc. All rights reserved