
Fatih mahu melaksanakan misi besar. ingin membuktikan kemampuan diri. Laluan jihad jadi pilihan tetapi kenaifan menolaknya ke tanah panas di bawah langit Iraq. Di Malaysia, Nadrah mencari ruang pencerahan. Demi seorang sahabat. Namun dalam ghairah meneroka, dia tersilap memilih simpang sesat. Khilaf menjerumuskan mereka ke jurang masalah. Dapatkah mereka mencari kompas kembali ke pangkal jalan? Bagaimana harus mereka menzikirkan keberanian mengakui kesilapan sendiri? Mampukah mereka melihat ini sebagai hikmah yang mengajarkan makna diri insan dan bertanggungjawab?