


Books in series

#1
Kirimkan Rindu
2019
Bertahun bercinta dan bertunang dengan Hadi, tiba-tiba dia perlu menjadi isteri Tuan Assad. Musibah apakah ini? Tapi demi diri sendiri, Khayra harus akur.
"Today is a day to remember, K." Tuan Assad
Bermula pada hari dia rasmi sebagai isteri, tiada jalan lagi untuk kembali pada Hadi. Namun, banyak persoalan yang timbul. Siapa sebenarnya Tuan Assad? Kenapa lelaki itu berkeras mahukan dia sebagai isteri? Dan kenapa pula hubungan mereka perlu dirahsiakan?
"You tak nak jumpa keluarga I?" Aku ajukan soalan dan tanpa diduga, Tuan Assad geleng kepala. Maknanya, TAK MAHU! Telus sungguh jawapannya. Tak bolehkah dia berbohong memberi alasan untuk tidak melukakan?
Yang paling Khayra tak faham ialah hati sendiri. Dia bebas untuk pergi jauh dari Tuan Assad tetapi peliknya, dia tetap di situ.
"Lelaki spesies Tuan Assad ni, sangat rare. Kalau kau lepas dia, kau rugi" - Wana
"Masalahnya bukan aku, tapi dia yang akan lepaskan aku bila-bila yang dia suka. Sebabnya, dia dah ada Suri." - Khayra
Siapa sebenarnya Maisuri yang disebut sebagai 'suri hati' Tuan Assad?
Perkahwinan ini, bukan kerana cinta. Tapi benarkah Khayra adalah mangsa untuk melampias sebuh dendam antara dua keluarga?

#2
Kirimkan Rindu 2
2019
Kesinambungan dari kisah KIRIMKAN RINDU. Diceritakan dari sisi seorang lelaki.
Bagi Tuan Assad, Khayra itu satu dalam sejuta. Takkan ada di mana-mana pelusuk dunia walau dia berjalan untuk seratus tahun lagi.
Bagi Khayra pula, Tuan Assad itu lelaki misteri yang diwujudkan untuk menghuru-harakan hidupnya. Yang muncul untuk membuatkan dia jatuh cinta.
"Ada tak doktor yang boleh check hati you?" - KHAYRA
"You can check by yourself, K. You hold the key to my heart." - TUAN ASSAD
Bahagia mereka, mungkinkah akan kekal selamanya? Atau, akan ada hujan yang akan menghilangkan kehangatannya?

#CE
Kirimkan Rindu
Collector Series
2021
Khayra dan Hadi, bertunang atas kehendak keluarga. Tapi kemudiannya, ada cinta antara mereka.
Khayra dan Tuan Assad, bertemu kerana musibah. Tapi, pertolongan yang diperlukan Khayra mengharuskan dia menjadi isteri Tuan Assad. Bagaimana mahu mengahwini Tuan Assad sedangkan dia sudah bertunang dengan Hadi?
“Today is a day to remember, K.” - Tuan Assad
Ya! Khayra tak akan lupa hari itu, hari di mana dia sangat membenci Tuan Assad. Tapi hari itu juga menyaksikan dia tunduk mengalah pada lelaki sama yang dia benci. Sebenarnya, berapa jauh jaraknya antara benci dan cinta?
Bermula pada hari Khayra rasmi sebagai isteri, tiada jalan lagi untuk kembali pada Hadi. Tapi, apa akan jadi bila Khayra rasa perkahwinan tersebut seolah meletakkan dia sebagai seorang perempuan simpanan buat Tuan Assad?
Yang paling Khayra tak faham ialah hati sendiri. Dia bebas untuk pergi jauh dari Tuan Assad tetapi peliknya, dia tetap di situ.
“Lelaki spesies Tuan Assad ni sangat rare. Kalau kau lepas dia, kau rugi” – Wana
“Bukan aku yang lepaskan tapi dia yang akan lepaskan aku bila-bila yang dia suka.” – Khayra.
Siapa sebenarnya Tuan Assad yang dianggap spesies rare itu? Lelaki yang punya segalanya, dan aura yang kuat untuk menundukkan seorang Khayra.
“Kau rampas Khayra dari aku.” – Hadi
“Kalau kau tanya dia sekarang, aku tak fikir dia akan pilih kau.” – Tuan Assad
Benarkah kalau diberi pilihan waktu itu, pilihan Khayra tidak lagi Hadi? Perkahwinan dia dan Tuan Assad bukan atas dasar cinta. Tapi kenapa dia rasa seperti diikat oleh rantai kemanisan?
Apa akan jadi bila kemanisan itu harus dilepaskan separuh jalan? Adakah Khayra akan kembali pada Hadi atau memilih untuk sendiri?