Margins
Margins
548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
hello@margins.app
·
+1 (650) 223-5283
Privacy Policy
·
Terms of Use
© 2026 Paratext Inc. All rights reserved
Komando
Komando
Series · 4 books · 2010-2024
By
Dhiya Zafira
Books in series
#1
Jauh Kau Pergi
2010
Aku tidak pernah memilih dia sebagai pelindungku. Aku tidak pernah menganyam impian untuk hidup bersamanya. Kasih terhadapnya tidak pernah lebih dari yang sepatutnya. Sesungguhnya dia tidak pernah ada dalam perancangan masa depanku. Dia hanya seorang sahabat. Namun sesuatu berlaku, menyebabkan haluan kami bertemu. Tiba-tiba aku memilih dia. Aku mula mengait benang rindu buatnya. Aku kasihkan dia lebih dari segalanya. Tetapi dia, ternyata bukan untukku. Aku bukan pilihan dia! Tetapi...menyerah kepada takdir itu bukannya bererti menyerah kalah, kerana manusia ditakdirkan untuk menang, bukan? Rif ~ Muliakah hubungan yang dipenuhi pendustaan? Sucikah cinta yang tercemar keraguan? Untuk dia... aku sanggup hadapi segala-galanya. Kerana dia, aku rela mempertaruhkan nyawa. Hanya untuk dia...aku reda. Ada apa dengan dia yang menjadikan semuanya serba tidak kena? Afi ~ Aku tidak mampu bersaing dengan masa silam, untuk terus melangkah ke hadapan. Betapa Jauh Kau Pergi....namun aku tetap setia menanti...
#2
Tertulis Buat Kita
2012
AUNI SOFINA - gadis degil amat benci pada tentera. Namun, ada sesuatu yang mengusik perasaannya tentang Jimmy, seorang komando yang punya karisma tersendiri. Baginya, Jimmy itu cukup menyakitkan hati. Dia tidak boleh membiarkan dirinya jatuh cinta pada lelaki itu. Tidak! Tapi, kenapa lelaki itu sering mengejar bayang-bayangnya? Makin jauh dia berlari, makin dekat Jimmy di hatinya. “Awak tentera... takkan awak sendiri tak tahu apa yang tentera dah buat?” JIMMY@MEJAR NAJMI HARIRI – lelaki berbadan sasa agak sukar didekati. Siapa kata komando tidak ada naluri untuk bercinta? Dia sukakan Auni Sofina. Namun, dia perlu mencari sebab gadis itu begitu membenci pada tentera. Dia nampak api kebencian dan dendam kesumat di sebalik senyuman manis Auni Sofina. “Kalau saya peguam, doktor, petani atau tukang bawa bot ni sekalipun dan bukannya tentera... Auni masih benci saya?”
#3
Commando in Action
2020
Satu MESEJ... mengubah hidupnya. “Aufa dalam bahaya.” Berita yang cukup jelas dan lantang. Mejar Eddie Sufian tidak mahu percaya walaupun fakta itu keluar dari mulut Jeneral Hamzah, bapa Aufa, lelaki yang paling dibencinya. Namun sesuatu berlaku dan dia terpaksa akui kebenaran kata-kata itu. Matlamat Eddie cuma satu. Pastikan Aufa selamat walaupun dia yang jadi galang gantinya. Cuma, bagaimana mahu yakinkan Aufa dengan sejarah yang pernah berlaku antara mereka? “Kenapa kau nak buat macam tu? Kau sengaja nak cari fasal,kan? Why are you even here, Ed? Please... can you just go. Don’t make it any harder than it is.” – Aufa Medina “Kalau kau balik, Viggo akan hantar orang bunuh kau, Aufa. Tak ada mungkin lagi. For sure dia akan cari jalan. Dia dah cuba dua kali. Tak ada jaminan yang dia takkan berjaya lepas ni. Kau nak aku jujur. That’s what I honestly believe, Aufa.” –Mejar Eddie Sufian. Mungkin sudah tiba masanya mereka perlu memaafkan dan lupakan kisah silam. “Aufa tak faham kenapa kau tinggalkan dia dulu. Dia tak tahu apa yang dah berlaku. It nearly broke her heart. Sekarang ni kau dah boleh jelaskan pada dia dan betulkan keadaan semula.” – Mejar Najmi Hariri. Saat terlalu berat untuk bertahan, cubalah untuk melepaskan secara perlahan. Tetapi Eddie masih mahu terus berjuang. “ Better to fight for something than live for nothing.” – George S. Patton
#4
Callsign
2024
“AJ... lari... selamatkan diri.” Hampir setiap malam dihantui igauan buruk itu. Saban malam juga dia terjaga ketakutan. Emosi jadi berantakan. Bingung dan melemaskan jiwa. Lalu, apa yang berlaku sebenarnya? Bila terselamat daripada satu penculikan, kesedaran mula timbul. Dia tidak boleh berdiam diri lagi. Dia harus mencari jawapan atas setiap persoalan. Merungkai teka-teki yang bertebaran. Hanya seorang yang mampu membantunya memecah segala kebuntuan. Insan yang menyelamatkannya pada malam itu. Mejar Adam Luqman. Patriot. Berdisiplin tinggi. Enigma. Berada pada suatu masa, tempat dan keadaan yang salah membawa dia mengenali seorang gadis yang dipanggil, AJ. Atas dasar tanggungjawab, dia menyelamatkan gadis itu. Namun pertemuan yang bermula dengan sesuatu yang manis, akhirnya membuka lebih banyak halangan dan cabaran yang meragukan. Bagi Luqman dan AJ, apabila gagal dalam perjuangan, bukan alasan untuk mereka terus menyerah dan berputus asa. Kemenangan itu pasti memihak pada mereka yang percaya. “Ada kalanya manusia memakai banyak jenis rupa. Jangan mudah tertipu dengan apa yang ada di depan mata.”
Author
Dhiya Zafira
Author · 19 books