Margins
Komik Misi book cover 1
Komik Misi book cover 2
Komik Misi book cover 3
Komik Misi
Series · 9 books · 2010-2020

Books in series

Misi 8A book cover
#01

Misi 8A

2010

Tidak perlu sinopsis, testimoni-testimoni ini sudah cukup menggambarkan kehebatan komik ini. "Komik ini dapat merangsang otak kanan dan otak kiri secara serentak dan mampu menjadi bahan motivasi yang mapan, unggul dan berimpak." Dato’ Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah, pakar motivasi terkenal. “Belajar ialah salah satu proses menuju kejayaan, tetapi tidak semua orang seronok melakukannya. Komik ini mampu menjadikan pembacanya berasa seronok belajar dan tidak sabar menggenggam kejayaan.” Fadzli Yusof, Penulis Buku Bestseller ‘55 Petua Orang Berjaya’ “Komik Misi 8A menjadikan cabaran peperiksaan satu kembara adrenalin yang mendewasakan, daripada sekadar kaki komik kepada otak komik gred 8A!” Hasrizal Abdul Jamil, www.saifulislam.com "Setiap halaman komik ini membuat saya teruja mahu tahu mengapa dan bagaimana menjadi superhero dalam peperiksaan! Komik Misi 8A wajib ada di tangan pelajar yang mahukan semangat dan berubah menjadi seorang yang hebat! Zamri Mohamad, Jurulatih Kanan Akademi Penulis www.zamrimohamad.com “Inilah komik yang kita cari. Membaca komik ini umpama membaca buku motivasi dalam bentuk komik. Mesti dibaca oleh kaki-kaki komik serta pemuzik-pemuzik yang mahukan kelainan dalam pembacaan." Po-G, Pemuzik Indie Kumpulan Go! Go! Go! “Komik ini membuktikan bahawa komik mampu menjadi bahan motivasi yang mapan dan unggul sekiranya kena dengan cara dan gaya yang betul.” Wan Zuhairi, Pengasas Komuniti Komik Alwancomics www.alwancomics.com “Komik motivasi paling efektif dan kreatif!" Hariri Daud, Tokoh Pelajar Universiti Sains Islam Malaysia 2008 www.hariridaud.com “Kini, komik bukan lagi musuh pendidikan.” Mat Jan, Guru Bahasa Inggeris
Misi 10A book cover
#02

Misi 10A

2011

Komik ini berwarna sepenuhnya Selepas berjaya mencapai misi 8A, Aizad dan Zahid bersama-sama menyambung pengajian di sekolah berasrama penuh. Di sekolah baru, Zahid menghadapi banyak masalah dan dugaan sehingga prestasi akademiknya jatuh merudum. Lebih teruk lagi, statusnya sebagai penerima biasiswa juga terancam. Sebagai rakan, Aizad berusaha membantu menyelesaikan masalah Zahid demi mencapai sasaran Misi 10A. Dengan pelbagai cabaran serta rintangan yang membebankan, mampukah Aizad dan Zahid menyempurnakan Misi 10A?
Misi 10A Plus book cover
#03

Misi 10A Plus

2012

Sambungan kepada Misi 10A. Dalam kisah kali ini, Aizad dan Zahid sudah memasuki tingkatan lima. Aizad terpilih mewakili sekolah dalam pertandingan silat, manakala Zahid pula diberi tanggungjawab menyertai pertandingan matematik. Bersama-sama, mereka mengharungi pertandingan dengan penuh dedikasi dan bersemangat. Dalam Misi 10A Plus, Zahid berkenalan dengan Zack, iaitu seorang lelaki kurang waras yang penuh misteri. Sedikit demi sedikit, Zahid membongkar identiti sebenar Zack. Dapatkah Aizad dan Zahid memenangi pertandingan yang mereka sertai? Siapakah Zack yang sebenarnya?
Misi 10A Finale book cover
#04

Misi 10A Finale

2014

Misi Aizad, Zahid dan kawan-kawan semakin hampir ke penghujung. Penat lelah, pengorbanan dan perjuangan mereka selama ini akan ditentukan dalam peperiksaan paling penting, Sijil Pelajaran Malaysia! ADAKAH MEREKA AKAN BERJAYA MENCAPAI MISI 10A? Apakah yang akan terjadi kepada mereka selepas SPM? Ke manakan hala tuju masing-masing selepas ini? Adakah Misi 10A Finale ini akan menjadi salam perpisahan untuk Aizad, Zahid, Mat, Kimi, Fizi, dan Putera?
Misi 4 Flat book cover
#05

Misi 4 Flat

2015

Selepas Misi 8A dan Misi 10A berjaya diselesaikan, apakah #thenextmisi Aizad, Zahid, Putera, Kimi, Fizi, dan Mat? Misi 4 Flat ataupun...?
Misi Kira #1 book cover
#7

Misi Kira #1

Pertandingan Matematik

2015

Antara nombor berikut, yang mana boleh dibahagi 5? A. 5 B. 6 C. 7 D. Semua di atas Kalau anda jawab A, anda silap KIRA! Silap kira dalam ujian, boleh melayang markah. Silap kira dalam hidup, boleh melayang nyawa!
Misi Kira #2 book cover
#8

Misi Kira #2

Cabaran Infiniti

2016

Sekuel Misi Kira #1: Pertandingan Matematik. Ong ada 3 roti panjang. Raja ada 1 roti panjang. Tiba-tiba datang orang tua yang lapar. Lalu 4 roti panjang itu dibahagi sama rata kepada tiga orang (Ong, Raja, orang tua). Sesudah makan, orang tua itu berikan RM100 kepada Ong dan Raja. Berapa ringgit Raja patut dapat? Kalau anda jawab RM25 dengan alasan Raja sumbangkan 1 daripada 4 roti, ANDA SILAP KIRA! Silap kira dalam ujian, boleh melayang markah, Silap kira dalam hidup, boleh melayang nyawa!
Misi x MAP book cover
#9

Misi x MAP

2016

Apa akan jadi apabila siri komik motivasi bestseller bergabung dengan jenama program motivasi yang terkenal di seluruh negara? Jawapan: letusan kuasa motivasi berganda-ganda!
Misi Reunion book cover
#11

Misi Reunion

2020

Kerana rindukan kawan-kawan yang sudah membawa haluan masing-masing, Zahid merancang program reunion di sebuah pulau. Rencana perjumpaan semula yang sepatutnya menyeronokkan bertukar menjadi ngeri apabila tiba-tiba mereka diserang oleh zombie.

Authors

548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
© 2026 Paratext Inc. All rights reserved