Margins
Sign in
Margins
548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
hello@margins.app
·
+1 (650) 223-5283
Privacy Policy
·
Terms of Use
© 2026 Paratext Inc. All rights reserved
Komik Nirnama
Komik Nirnama
Series · 3 books · 2024-2026
By
Hilal Asyraf
Books in series
#0
Komik Nirnama
2024
Sebelum Nirnama berhadapan dengan Bagak Durjana bagai yang dihikayatkan di dalam Novel Nirnama, pendekar tanpa nama itu telah terlebih dahulu mengembara ke seluruh Tanah Semenanjung 5 tahun lamanya. Komik Nirnama: Kelana Pendekar Tanpa Nama membawakan 10 kisah dari pengembaraan Nirnama tersebut. Dari sudut latar masa, kisah-kisah ini berlaku dalam sekitar dua tahun terakhir pengembaraan Nirnama di Tanah Semenanjung. 10 kisah ini padat dengan nilai murni, pesan-pesan kebaikan dan semestinya aksi pendekar daripada Nirnama!
#1
Komik Nirnama
2024
Tersebutlah kisah, sebuah tanah sedang berkecamuk dengan pertumpahan darah. Indera Kayangan menjajah, Semutar Putih menentang gagah. Di tengah kemelut memuncak, muncul seorang pendekar berpencak. Tidak bernama, berparut di muka. Handal bertarung, tapi santun orangnya. Ramai menyangka dia ada sakti tetapi dia memulangkan puja & puji hannya kepada Ilahi. Sedang nama sebenarnya termangga, jelata mula menggelarnya sebagai Nirnama. Menyebelahi Semutar Putih, Nirnama mengorak langkah merdeka. Menyertai perlawanan, menentang wakil Indera Kayangan. Ratu Mergastua kepala ancaman, Naga Tasik Chini perlu ditundukkan. Semua konco-konconya ditentang, mahu Tanah Semenanjung mendapat tenang. Dari buah mulut rakyat, Masyurlah susuk tubuh Nirnama, Maka bermulalah sebuah hikayat, Hikayat Pendekar Tanpa Nama.
#2
Komik Nirnama
2026
Kelana Nirnama kini menuju ke Kerajaan Serawa, setelah khabar pergolakan antara Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang menggoncang tanah dan laut di sana. Desas-desus mengatakan kedua puteri itu berebutkan seorang putera dari kayangan, dan lebih meresahkan, Puteri Sejinjang dilaporkan menerima bantuan ketenteraan dari Indera Kayangan. Melihat bayang-bayang makar Jagat Suci di sebalik sengketa itu, Nirnama berkelana berusaha meleraikan pertelingkahan sebelum seluruh Serawa terseret dalam kancah kehancuran. Kali ini, kelana sang pendekar tanpa nama tidak lagi sunyi. Bersamanya melangkah Nadim si 'Sang Kancil' yang lincah akal, serta Cendana, srikandi bermaruah lagi tinggi cita-cita.
Author
Hilal Asyraf
Author · 46 books