Margins
Komik Nirnama book cover
Komik Nirnama
Hikayat Pendekar Tanpa Nama, #1
2024
First Published
4.71
Average Rating
296
Number of Pages

Part of Series

Tersebutlah kisah, sebuah tanah sedang berkecamuk dengan pertumpahan darah. Indera Kayangan menjajah, Semutar Putih menentang gagah. Di tengah kemelut memuncak, muncul seorang pendekar berpencak. Tidak bernama, berparut di muka. Handal bertarung, tapi santun orangnya. Ramai menyangka dia ada sakti tetapi dia memulangkan puja & puji hannya kepada Ilahi. Sedang nama sebenarnya termangga, jelata mula menggelarnya sebagai Nirnama. Menyebelahi Semutar Putih, Nirnama mengorak langkah merdeka. Menyertai perlawanan, menentang wakil Indera Kayangan. Ratu Mergastua kepala ancaman, Naga Tasik Chini perlu ditundukkan. Semua konco-konconya ditentang, mahu Tanah Semenanjung mendapat tenang. Dari buah mulut rakyat, Masyurlah susuk tubuh Nirnama, Maka bermulalah sebuah hikayat, Hikayat Pendekar Tanpa Nama.

Avg Rating
4.71
Number of Ratings
65
5 STARS
74%
4 STARS
23%
3 STARS
3%
2 STARS
0%
1 STARS
0%
goodreads

Author

Hilal Asyraf
Hilal Asyraf
Author · 44 books

MUHAMMAD HILAL ASYRAF atau lebih dikenali sebagai Hilal Asyraf, merupakan graduan Yarmouk University(2012), Jordan dalam bidang Usuluddin. Beliau telah memulakan karier sebagai seorang penulis semenjak April 2009 dengan karya sulung, Novel VT dan Buku Motivasi Langit Ilahi: Tuhan Tidak Lupakan Kita. Semenjak itu, beliau aktif mengarang karya-karya fiksyen dan non-fiksyen. Kini telah menghasilkan lebih 40 judul karya. Beliau juga merupakan pengasas kepada web LangitIlahi.Com, dan semenjak penghujung 2016, beliau telah menubuhkan perniagaan penerbitan beliau sendiri - Hilal Asyraf Resources, dan mula menerbitkan sendiri karya-karya beliau.

548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
© 2026 Paratext Inc. All rights reserved