Margins
2013
First Published
4.05
Average Rating
182
Number of Pages

Sukar mencari satu hari untuk kami tidak berbicara tentang kotak. Seluruh hidup kami, sama ada di rumah, kedai kopi, sekolah, padang bola, dalam bas henti-henti, bengkel kereta, pusat kitar semula, masjid, bahkan di dalam tandas pun kami berbicara tentang kotak. Jika ayah tidak turun keberja, dia menyusun kotak di bangsal. Jika dia tidak menyusun kotak, dia bercakap tentang kotak. Jika dia tidak bercakap tentang kotak, dia berada dekat dengan kotak kerana seluruh ruang hidup kami dikelilingi kotak. Kotak itu sendiri merupakan lambang yang menembusi serata penjuru makna ke lorong-lorong hidup kami – ke mata fikir, ke mata hati dan mata yang melihat. Lantas, bagaimana kami dapat mengelak kotak meskipun Cuma sehari? ______________________________ Novel ini telah memenangi tempat KEDUA Pertandingan Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (ExxonMobil) 2012 Pertama Dalam Getar Waktu Ruhaini Matdarin Kedua Kotak Ruhaini Matdarin Ketiga Pelangi Jingga Hartini Hamzah

Avg Rating
4.05
Number of Ratings
19
5 STARS
42%
4 STARS
21%
3 STARS
37%
2 STARS
0%
1 STARS
0%
goodreads

Author

Ruhaini Matdarin
Ruhaini Matdarin
Author · 12 books
Dilahirkan di Hospital Queen Elizabeth dan dibesarkan di Kota Kinabalu, Sabah. Anak sulung daripada tiga orang adik-beradik, suka melancong dan membaca. Pada tahun 2006 menang tempat pertama peraduan mengarang cerpen sempena kempen Budi Bahasa Budaya Kita anjuran Kekwa, pada tahun 2008 menang Hadiah Sastera Sabah 2006/2007, kategori novel remaja menerusi novel Gadis Adikara dan pada tahun 2009 menang tempat kedua Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2008 menerusi novel Jendela Menghadap Jalan. Manakala Waris Pejuang menang Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2011 juga di tempat kedua.
548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
© 2025 Paratext Inc. All rights reserved