Margins
Margins
548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
hello@margins.app
·
+1 (650) 223-5283
Privacy Policy
·
Terms of Use
© 2026 Paratext Inc. All rights reserved
Kougar
Kougar
Series · 3 books · 2011-2021
By
Shaz Johar
Books in series
#1
KOUGAR
2011
Sinopsis :
Kougar
Kisha
wanita moden yang konfiden dan bahagia dengan kerjaya dan kehidupan sosialnya. Berumur 40 tahun, dan masih bujang. Ibunya di kampung mahu menjodohkannya dengan seorang duda bergelar imam. Tetapi minatnya lebih cenderung kepada anak muda berusia 25 tahun bernama
Azril
, yang bekerja di pejabat yang sama. Tetapi
Kisha
kekadang impulsif. Tanpa disedari, dia telah menerima undangan dari
Datuk Emir
untuk keluar berhibur di karaoke. Dari situ, mereka akhirnya terlanjur. Apakah kecuaian
Kisha
itu dapat dirahsiakan atau akan ada impak yang terjadi di dalam jangka panjang nanti? KOUGAR tidaklah seganas mamalia yang memburu di rimba. Tapi jika dicabar, tanpa segan-silu dia akan mengaum dan mencakar! \
\
\
\
\
\
\
\
\
\
\
\
\
\
Novelis : Shaz Johar Shaz Johar adalah seorang penulis blog tegar dan baru berjinak-jinak dalam dunia penulisan novel. Lahir di Kuala Lumpur sebelum wujudnya LRT dan KLCC, kini dia sedang bekerja di dalam industri perkhidmatan pelanggan di sebuah bank yang terkemuka. Shaz giat menulis blog dengan nama pena Jejaka Anggun dan pernah menulis dua cerpen di dalam bahasa Inggeris yang telah dimuatkan di dalam majalah online Anak Sastra. Di waktu lapang ketika dia tidak terlalu terikat dengan kehidupan jetsetternya, dia lebih senang mengasah bakat nyanyiannya di dalam bilik karaoke sehingga ke awal pagi. Kougar merupakan novelnya yang pertama dan kini dalam pembikinan novelnya yang kedua. Cetakan Pertama : Mei 2011 Cetakan Kedua : Mac 2012 \-
#2
KOUGAR
2021
Aku lebih suka pada lelaki yang berkulit cerah sebenarnya, tapi melihat pada lelaki ini aku sanggup buat pengecualian. Lagipun orang kata kopi hitam itu yang biasanya buat kita susah tidur, bukan? – Kisha. \
\
\* Sepuluh tahun selepas Kougar yang pertama, Kisha kembali lagi dengan kisahnya yang lebih liar dan mencakar. Kali ini dia tersepit pula antara perhubungannya bersama suami, kekasih lama dan teman yang baru dikenalinya di online. Siapakah yang akan dipilihnya? Atau apakah dia mahu terus mengaum dan memburu?
#KOMBO
Kombo! KOUGAR + TABU
2013
Ini kisah dua wanita yang dihidangkan dalam satu buku. Kisah tentang citarasa mereka. Tentang bagaimana mereka cuba untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan orang lain walaupun mahu terus kekal berada di tepi norma hidup masyarakat Malaysia. KOUGAR menceritakan tentang Kisha, seorang wanita yang telah berusia cuba mencari cinta dari lelaki yang lebih muda tetapi akhirnya terdesak untuk berkahwin dengan lelaki seusia yang bersembunyi di sebalik iman dan agama. TABU melalui perjalanan hidup Bibi, seorang wanita bersaiz besar. Dia percaya kekasih Afrikanya seorang lelaki yang sanggup menerima dirinya seadanya.
Author
Shaz Johar
Author · 18 books