Margins
Kronikel Empat Bahtera book cover 1
Kronikel Empat Bahtera book cover 2
Kronikel Empat Bahtera book cover 3
Kronikel Empat Bahtera
Series · 3 books · 2017-2023

Books in series

Puteri Naga Tiberius book cover
#1

Puteri Naga Tiberius

2017

500 tahun berlalu semenjak bahtera Tiberius tiba di Benua Semilir. Persahabatan antara Maharaja Tiberius dan naga-naga Benua Semilir telah lama dilupakan. Kini, Kerajaan Tiberius sedang mengalami kacau-bilau akibat perbuatan khianat dan kelemahan pemerintahan. Basilius, sang putera mahkota memberontak dengan melarikan diri dari istana. Takdir menemukannya dengan gadis hamba pembuat racun. Tidak dia sedari yang tempatnya di istana diintai oleh bapa saudaranya yang berhati gelap, Raja Angas. Sula, gadis hamba pembuat racun yang melarikan diri dari rumah tuannya yang kejam Bregheda terheret dalam kancah politik Kerajaan Tiberius apabila Basilius menyelamatkannya daripada ancaman pemburu upahan Bregheda. Sedang Basilius bergelut dengan intrig yang dirancang oleh Raja Angas, naga-naga Tiberius keluar mengganas, menjadikan semua yang menghuni Hutan Meraung – kaum bunian dan manusia – tahu yang zaman yuda sudah bermula.
Gadis Boneka Hadrah book cover
#2

Gadis Boneka Hadrah

2022

Perdita, gadis pemain boneka meneruskan kelangsungan rumah anak yatim yang dia tumpangi dengan membuat pertunjukan bersama adiknya Hassid, si pemain seruling di pasar pelabuhan Hadrah, ibukota kerajaan Farsina. Pada malam mereka diserang oleh tiga penyangak di lorong gelap kota Hadrah, mereka telah diselamatkan oleh hulubalang istana bernama Jaivad dan tabib bernama Sula. Erali, putera daripada isteri kedua raja kerajaan Farsina kini lumpuh akibat kemalangan ketika memburu bersama kakandanya, putera mahkota Pharvid. Mengalami kekecewaan dan kesedihan akibat ketidakupayaannya dan tidak mendapat perhatian bondanya yang menumpukan usaha untuk menjamin kedudukan di istana, Erali telah cuba mengambil nyawanya sendiri. Gurunya Ziyad telah berikhtiar supaya Erali kembali pulih. Pencarian Ziyad untuk memulihkan semangat Erali telah menemukannya dengan Perdita dan Hassid, pasukan pertunjukan boneka Hadrah. Pertemuan insan-insan ini bakal menentukan takdir kerajaan Farsina dan Buana Sepi yang diancam malapetaka yang tidak kenal sempadan benua dan samudera. Kepada Perdita, Hassid, Sula dan Jaivad, Farsina mendedahkan misteri dunianya yang penuh dengan keajaiban dari dasar laut, padang pasir dan puncak gunung.
Srikandi Desa Timur book cover
#3

Srikandi Desa Timur

2023

KRONIKEL EMPAT BAHTERA: SRIKANDI DESA TIMUR Daxia, srikandi dari desa aman Chunqing terpaksa kembali ke medan perang apabila kampung halamannya diancam oleh anasir yang dia tidak pernah tahu wujud di alam buana. Tugasannya kali ini mempertemukan Daxia kembali dengan Kesturi, pahlawan dari Benua Hujan yang berada dalam misi diplomatik antara kerajaan Xilia dan kerajaan Pancakara. Kesturi, pahlawan kerajaan Pancakara terhutang budi dengan Daxia, panglima perang yang pernah berkerjasama dengannya dalam misi menghapuskan lanun di perairan kidul kerajaan Xilia. Dengan kesetiaan sebagai pegangan hidupnya, Kesturi tidak bersedia untuk menghadapi hakikat pengkhianatan yang membawanya ke Benua Timur Jauh. Pertembungan Daxia dan Kesturi membawa pahlawan dua benua ini kepada punca malapetaka yang bakal menimpa Chunqing yang jika gagal dibendung akan memusnahkan tamadun manusia. Sedang dua benua bakal bergolak dengan bencana, Sula, Perdita, Hassid, nakhoda muda Jaivad dan anak kapal al-Buraq pula sedang belayar terus ke rahang malapetaka di Benua Timur Jauh.

Author

Sri Rahayu Mohd Yusop
Sri Rahayu Mohd Yusop
Author · 18 books

Nama penulis: SRI RAHAYU MOHD YUSOP Nama penuh: Sri Rahayu binti Mohd Yusop Tempat lahir: Tanjong Karang, Selangor Tarikh lahir: 18 Jun 1976 Pendidikan awal: Sekolah Rendah Kebangsaan Batu 9, Tanjong Karang dari (1983-1988). Pendidikan Menengah: Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru, Johor (1989 -1993). Pendidikan Lanjut: Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras; University of Otago, New Zealand dan Dunedin College of Education, New Zealand (1994-1999) Karier: Guru Bahasa Inggeris di SMK Dato' Harun, Tanjong Karang (2000 - 2003), SMK Pandan Jaya, Ampang (2004-2020). Hasil kerja yang telah diterbitkan: 1. 'Bukan Legasi Lalang' (Utusan Publications & Distributors, 2001)) - memenangi tempat pertama Kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2000, Hadiah Sastera Perdana 2000/2001 bagi kategori Novel Remaja. 2. 'Merdekakan Cinta Ratna' (Utusan Publications & Distributors, 2003) - memenangi tempat ketiga kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2002. 3. 'Odisi Tanah Kencana' (Utusan Publications & Distributors, 2007) - memenangi tempat kedua Kategori Novel Remaja dalam Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2006. 4. 'Warisnya Kalbu' (Utusan Publications & Distributors, 2008) - memenangi tempat pertama Kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2007. 5. 'Kasih Nan Agung' (Utusan Publications & DIstributors, 2009) - memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2008. 6. 'Impuls/Roh' (Utusan Publications & Distributors, 2010) - memenangi tempat pertama Kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2009. 7. 'Bimasakti Menari' (Utusan Publications & Distributors, 2011) - memenangi tempat pertama Kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2010, Kategori Novel Remaja dalam Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2010/2011, teks Komponen Sastera (KOMSAS) subjek Bahasa Malaysia Tingkatan 5 bermula dari tahun 2016 di sekolah-sekolah menengah di Terengganu, Kelantan, Pahang dan Melaka. 8.'Rimba Jiwa' (Utusan Publications & Distributors, 2012) - memenangi tempat ketiga Kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2011. 9. 'Equilibria' (Utusan Publications & Distributors, 2012) - memenangi Sayembara Penulisan Fiksyen Sains & Teknologi Universiti Teknologi Malaysia-Kumpulan Utusan Musim Kedua pada tahun 2012, Anugerah Buku Negara bagi kategori Fiksyen Sains & Teknologi pada tahun 2013. 10. 'Qalam Kalbu' (ITBM, 2013) - memenangi Sayembara Penulisan Novel-Cerpen-Puisi Institut Terjemahan dan Buku Malaysia - Berita Harian - PENA Musim Pertama pada tahun 2014, Kategori Karya Umum (Buku) dalam Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2013. 11. 'Transgenik Sifar' (Utusan Publications & Distributor, 2015) - memenangi Sayembara Fiksyen Sains dan Teknologi Universiti Teknologi Malaysia-Kumpulan Utusan Musim Ketiga pada tahun 2015. 12. 'Empunya Kalbu' (Utusan Publications & Distributors, 2016) - memenangi tempat kedua Kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2015, Hadiah Sastera Perdana 2015/2016 bagi Kategori Novel Remaja. 13. 'Kronikel Empat Bahtera: Puteri Naga Tiberius' (Penerbit X, 2017) - novel pertama beliau yang terbit di luar sayembara. 14. 'Farewell, Elsinore' (Legasi Oakheart, 2018) - novel Bahasa Inggeris pertama. 15. 'Selendang Merah Balukhali' (Utusan Publications & Distributors, 2019) - memenangi tempat pertama Kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2017. 16. 'ALGOJO' (Fixi, 2020) - memenangi hadiah utama Sayembara FIXI Musim Kedua. 17. 'Belati Cinta Zulaikha' (Utusan Publications & Distributors, 2004) - memenangi Hadiah Eceran Kategori Cerpen Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2003 bagi cerpen 'Reeves, Cormack dan Semak'.

548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
© 2025 Paratext Inc. All rights reserved