
Buku ini menghimpunkan 20 buah cerpen pilihan Malim Ghozali PK yang sarat dengan persoalan mengangkat isu-isu penting dalam menanggapi kehidupan masyarakat yang berada dalam pelbagai konflik pertambungan tradisi dan moden hari ini. Kesemua cerpen membawa nilai-nilai pemikiran yang positif, bervariasi, dan berlatar belakang budaya yang sangat kuat. Watak dan latar yang dibina dalam kesemua cerpen memberi keperibadiannya yang tersendiri sehingga menjadikan karya ini unik dan tekal. Paling penting, karya ini membentuk kekuatannya dengan memberikan warta tempatan yang cukup kental sehingga menjadikannya bahan etnografi dan pemikiran tempatan yang unik dan khusus.