Margins
Kumpulan Cerpen Narasi Gua dan Raqim book cover
Kumpulan Cerpen Narasi Gua dan Raqim
2013
First Published
3.75
Average Rating
77
Number of Pages

Tidak sedikit al-Quran menumpahkan daya dalam pembikinan hasil kerja seni seperti cerpen. Mukjizat wahyu ini terpencar-pencar, menawarkan tamsilan yang selalu mahu dibawa masuk ke dalam watak ciptaan dan juga penerokaan wilayah. Buku ini menyertakan perjalanan rohaniah tokoh-tokohnya dalam sepuluh cerpen. Ia merentasi antaranya hati anak kecil, lelaki bisu, perempuan pikun dan latar pengembaraan hujjaj di Muzdalifah dan Jamrah. Dalam perjalanan itu juga, cinta dan rindu terhadap Muhammad Abdullah di Raudhah begitu menyala-nyala. Ia sangat mengilhamkan.

Avg Rating
3.75
Number of Ratings
36
5 STARS
14%
4 STARS
50%
3 STARS
33%
2 STARS
3%
1 STARS
0%
goodreads

Author

Mawar Safei
Mawar Safei
Author · 2 books
Dilahirkan pada 27 Februari 1971, Singapura. Mendapat pendidikan awal di Singapura dan Johor Bahru. Memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) (1995) dan Sarjana Sastera (1997) dari UKM; Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang kesusasteraan bandingan dari Nanyang Technological University, Singapura (2006). Beberapa tulisan akademik beliau terbit dalam jurnal dan majalah serantau. Beliau merupakan pengulas cerpen Dewan Siswa sejak 2007 hingga kini. Buku terbarunya ialah Bagaimana Saya Menulis (bersama Nisah Haron, DBP, 2011), Novel Intertekstual Melayu (UKM, 2010) dan Kreativiti Minda Melayu-Jawa (UKM, 2009). Beberapa kumpulan cerpen beliau ialah Zel (1998), Montaj II (2002) dan Masitah (2007). Antara pengiktirafan yang diterima ialah Hadiah Sastera Utusan Melayu-Public Bank (1994, 1995, 1996, 1998, 1999, 2008, 2009), Hadiah Sastera Perdana Malaysia (1996/97, 2004/05, 2008/09) dan Hadiah Sastera Darul Takzim (1999, 2003, 2005, 2009). Kini merupakan Profesor Madya dan Ketua Program (2007-2012) di Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, Fakulti Sains Sosial, UKM; pengkhususan beliau adalah sastera dan kreativiti.
548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
© 2025 Paratext Inc. All rights reserved