Margins
Kumpulan Cerpen book cover
Kumpulan Cerpen
Jenaka Si Darah Legenda
2015
First Published
3.71
Average Rating
130
Number of Pages

Kumpulan cerpen: Jenaka Si Darah Legenda memuatkan 12 buah cerpen yang berkisar tentang realiti masyarakat biasa yang menjadi luar biasa setelah ditumpahkan dalam bentuk karya kreatif. Pengarang telah beruasaha untuk menulisnya secara santai supaya pembaca bebas menikmati setiap kisah dalam kumpulan cerpen ini dengan perasaan tenang, dan pada penghujung pembacaan kelak, pembaca akan beroleh kenangan-kenangan serta pengajaran dan manfaat yang berguna. Cerita-cerita yang ditampilkan oleh pengarang dalam Kumpulan Cerpen: Jenaka Si Darah Legenda ini ditulis oleh pengarangnya berdasarkan kisah-kisah yang berlegar di sekeliling kehidupan manusia, agar pembaca tidak perlu susah-susah mengenal pasti peristiwa di dalamnya. Namun demikian, kepekaan dan iltizam pembaca dalam mentafsirkan makna eksplisit setiap cerpen sangat perlu agar setiap satu daripada kisah yang dihidangkan memberikan makna berganda.

Avg Rating
3.71
Number of Ratings
17
5 STARS
24%
4 STARS
24%
3 STARS
53%
2 STARS
0%
1 STARS
0%
goodreads

Author

Ruhaini Matdarin
Ruhaini Matdarin
Author · 12 books
Dilahirkan di Hospital Queen Elizabeth dan dibesarkan di Kota Kinabalu, Sabah. Anak sulung daripada tiga orang adik-beradik, suka melancong dan membaca. Pada tahun 2006 menang tempat pertama peraduan mengarang cerpen sempena kempen Budi Bahasa Budaya Kita anjuran Kekwa, pada tahun 2008 menang Hadiah Sastera Sabah 2006/2007, kategori novel remaja menerusi novel Gadis Adikara dan pada tahun 2009 menang tempat kedua Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2008 menerusi novel Jendela Menghadap Jalan. Manakala Waris Pejuang menang Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2011 juga di tempat kedua.
548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
© 2025 Paratext Inc. All rights reserved