Margins
Kumpulan Cerpen book cover
Kumpulan Cerpen
Simfoni Cinta
2014
First Published
4.22
Average Rating
495
Number of Pages

Cinta. Ya. Itu temanya Kumpulan Cerpen ini. Ini kali pertama sebenarnya Hilal menulis sebuah buku yang fokusnya adalah Cinta. Selama ini, Cinta hanya menjadi 'sub' kepada Novel, Kumpulan Cerpen dan perbincangan-perbincangan dalam Buku Motivasi Hilal, tetapi kali ini, memang Cinta adalah fokusnya. Hilal melihat bahawa hakikat Cinta hari ini telah dikotorkan dengan pelbagai pandangan. Rata-rata kita, mengambil istilah cinta dan cara pengamalannya daripada barat. Maka jadilah Cinta itu terperusuk dalam penjara hubungan lelaki dan perempuan semata-mata, dan dilaksanakan dalam keadaan tidak memenuhi perintah-Nya. Maka di sinilah Hilal datangkan Simfoni Cinta. Untuk meluaskan lagi definisi Cinta. Untuk menunjukkan betapa indahnya Cinta. Betapa kita perlu menghargai Cinta. Apakah asas Cinta. Dan apakah hakikat Cinta yang sebenarnya. Bagi yang selama ini mengikuti Hilal, anda pasti akan lebih terhibur dengan Kumpulan Cerpen Simfoni Cinta ini kerana banyak watak daripada novel-novel Hilal yang sebelum ini muncul di sini.

Avg Rating
4.22
Number of Ratings
36
5 STARS
50%
4 STARS
31%
3 STARS
14%
2 STARS
3%
1 STARS
3%
goodreads

Author

Hilal Asyraf
Hilal Asyraf
Author · 39 books

MUHAMMAD HILAL ASYRAF atau lebih dikenali sebagai Hilal Asyraf, merupakan graduan Yarmouk University(2012), Jordan dalam bidang Usuluddin. Beliau telah memulakan karier sebagai seorang penulis semenjak April 2009 dengan karya sulung, Novel VT dan Buku Motivasi Langit Ilahi: Tuhan Tidak Lupakan Kita. Semenjak itu, beliau aktif mengarang karya-karya fiksyen dan non-fiksyen. Kini telah menghasilkan lebih 40 judul karya. Beliau juga merupakan pengasas kepada web LangitIlahi.Com, dan semenjak penghujung 2016, beliau telah menubuhkan perniagaan penerbitan beliau sendiri - Hilal Asyraf Resources, dan mula menerbitkan sendiri karya-karya beliau.

548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
© 2025 Paratext Inc. All rights reserved