Margins
Kumpulan Puisi Sidang Kultus book cover
Kumpulan Puisi Sidang Kultus
2013
First Published
3.44
Average Rating
38
Number of Pages

Dalam percikan api anak muda dan pergolakan siasah tanah air,kumpulan puisi Sidang Kultus tampil menggugah naluri dan pemikiran. Tema-tema akal budi bangsa dalam sejarah dan siasah yang menguji permainan bahasa Raihani Mohd.Saaid berdiri berani menyuarakan pandangannya dalam kumpulan puisi ini. Anak muda, watak-watak kecil juga tokoh istimewa yang dilupakan dan terlupakan turut didedikasikan dalam puisi-puisinya. Kumpulan puisi ini merakamkan hasrat melihat sebuah negara yang lebih sentosa dan sebuah bangsa yang menghargai para insan yang memberi pencerahan.

Avg Rating
3.44
Number of Ratings
18
5 STARS
6%
4 STARS
39%
3 STARS
50%
2 STARS
6%
1 STARS
0%
goodreads

Author

Raihani Mohd Saaid
Raihani Mohd Saaid
Author · 5 books
Pemilik nama penuh Siti Raihani Mohamed Saaid ini lahir pada 12 Jun 1979 di Kuala Lumpur. Puteri sulung kepada sasterawan Dr. Zurinah Hassan ini mula serius menulis sejak tahun 1994 dalam genre puisi, cerpen, esei dan skrip.Karya-karya pernah tersiar di Dewan Sastera, Dewan Budaya, Dewan Siswa, Tunas Cipta, Berita Minggu, Mingguan Malaysia, InTrend, Eh! dan banyak lagi. Penghargaan yang pernah diterimanya dalam dunia sastera tanah air ialah Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2011 (kategori puisi-hadiah penghargaan), tempat kedua Hadiah Sastera Berunsur Islam 13 (kategori lirik), Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009,Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2004/2005, Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2007, Hadiah Saguhati Pertandingan Menulis Novel Remaja DBP 2007, Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2002/2003, Hadiah Cerpen Esso-GAPENA 1997, Hadiah Puisi Kebangsaan Esso-GAPENA 1995, Hadiah Sastera Siswa 1997 dan 1998 serta 3 siri pertandingan Penulisan Skrip Filem anjuran FINAS. Merupakan graduan Akademi Seni Kebangsaan dalam bidang Penulisan dan Universiti Malaya dalam bidang Seni Persembahan. Gemar mengisi masa lapang dengan membaca, menonton filem dan bermain piano.Selain menulis,boleh dipanggil untuk mengendalikan bengkel drama untuk remaja,kerja-kerja terjemahan dan voice over. Karya persendirian yang sudah diterbitkan dalam bentuk buku ialah kumpulan cerpen Badrul Bambi dan kumpulan sajak Terminus A Quo (terbitan Rumah Buku Rania) serta novel Dari QM Ke DM (terbitan DBP). Kini sedang melanjutkan pelajaran peringkat Sarjana di Akademi Pengajian Melayu, UM dalam bidang kajian filem P.Ramlee.
548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
© 2025 Paratext Inc. All rights reserved