
Part of Series
Sepanjang tiga tahun (1971 hingga 1973) penyair Malaysia telah menghasilkan sebanyak 5,285 buah sajak yagn terbit di pelbagai majalah, akhbar mingguan dan kumpulan-kumpulan stenselan. Dari jumlah ini sebanyak 65 buah sajak teah dipilih oleh Panel Hadiah Karya Sastera sebagai layak menerima hadiah. OLeh kerana beberapa penyair telah menolak pemberian hadiah tersebut, terutama pada tahun 1971, maka kumpulan ini hanya dapat memuatkan sebanyak 60 buah sajak saja. Jangkamasa tiga tahun memang belum cukup untuk mengukur kemampuan penciptaan puisi, namun tahun-tahun ini dapat dianggap penting pada tahap perkembangan puisi Malaysia kerana hasil puisi tahun 70-an ini menyempurnakan bentuk dan pengucapan puisi tahun 60-an dan 50-an.
Author
No contributors found for this work.