Sajak-sajak Pendatang
1974
MUHAMMAD HAJI SALLEH
Muhammad Haji Salleh dilahirkan di Taiping, Perak pada tahun 1942. Muhammad bersekolah di Sungai Aceh, Bukit Mertajam dab Kuala Kangsar. Kemudian menyambung pelajarannya di Maktab Perguruan Malaya di Brinsford Lodge, England, Universiti Singapura dan Universiti Malaya. Beliau menerima ijazah Ph. D dalam ilmu Perbandingan Kesusasteraan dari Universiti Michigan, Amerika Syarikat. Sekarang menjadi Ketua Jabatan Persuratan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia, Kuala Lumpur. Muhammad mula menulis sajak dalam bahasa Malaysia dan Inggeris sejak tahun 1963. Sajak-sajaknya dalam bahasa Inggeris pernah memenangi beberapa hadiah dan tersiar dalam majalah terbitan Malaysia, Singapura, Australia, England dan Amerika Syarikat, manakala sajak-sajaknya dalam bahasa Malaysia diterbitkan di Malaysia dan Indonesia. Selain dari menulis sajak beliau juga banyak membuat terjemahan dari kedua bahasa ini.
Sajak-sajak Pendatang ini ditulis di Malaysia, England, Singapura, Indonesia dan Amerika Syarikat. Dalam keadaan yang sering di perjalanan dan di negeri asing, dia selalu saja tidak lebih dari pendatang, dan sajak-sajak ini ialah waktu-waktu dan kejadian-kejadian yang direbut dari masa dan pertukaran.