Part of Series
M. GHAZALI Nama penuhnya Mohd. Ghazali bin Abdul Samad, lahir pada 22hb. Jun 1930 di Kampung Paya Rumput, Sungai Udang, Melaka. Bersekolah Melayu, agama dan Inggeris di Singapura. Pernah menjadi guru agama dan bekerja dalam penerbitan akhbar dan majalah seperti Melayu Raya, Utusan Melayu, Angkatan Baru, dan membuka kedai buku dan penerbitan sendiri bernama Pustaka Setia Murni. Kini berkhidmat sebagai editor di penerbitan Pustaka Antara, Kuala Lumpur. M. Ghazali yang lebih mengkhususkan tulisannya dalam bidang sajak telah mula menulis sajak tahun 1955. Bunga Merah mengandungi 65 buah sajak yang dihasilkan antara tahun 1955-1964. Sajak-sajak dalam kumpulan ini membicarakan tentang cita-cita kemerdekaan, perdamaian, kebebasan dari ikatan penjajah dan juga mengenai soal-soal kemasyarakatan, pelacuran, kepalsuan hidup dan cinta. Kelainan sajak-sajak M. Ghazali kerana nada dan moodnya seta gaya pengucapannya Judah jauh meninggalkan ciri tradisional dan konvensional. Penggunaan simbol-simbol yang amat personal menyebabkan ia digolongkan sebagai 'Penyair Kabur' bersama penyair-penyair Noor S.I. dan A.S. Amin.