
Buku ini merangkumi penilaian 4 naskah terbaik Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2015. Melangsungkan kesinambungan iltizam memasyarakatkan sastera dan memartabatkan kedudukannya dipeta tamadun bangsa. Menerusi hadiah ini, Kumpulan Utusan memberi rangsangan untuk menyuburkan pertumbuhan pengarang generasi baharu dan memupuk istiqamah pengarang mapan dalam menghasilkan karya yang segar, maju, berseni dan tinggi nilainya.