Margins
Lawan book cover 1
Lawan book cover 2
Lawan book cover 3
Lawan
Series · 7 books · 2014-2017

Books in series

Miss Shawlistar Lawan Miss Bawalistar book cover
#3

Miss Shawlistar Lawan Miss Bawalistar

2014

Syamira ~ remaja yang mempunyai ramai pengikut di Instagram, lebih 5000 orang! Cukup besar pengaruh di media sosial, alangkan artis yang meningkat naik pun terkial-kial hendak mendapatkan jumlah pengikut yang sama. Atas kriteria itulah, Syamira menjadi peneraju Geng Tudung Bawal. Pandai mempelbagaikan ikatan, membuatkan personalitinya menyerlah bak bintang. Na’abella ~ kapten bola tampar perempuan itu memang juara dalam bab membelit selendang. Padanan gaya yang moden, membuatkan Na’abella popular ala-ala artis baru berhijrah. Tambah lagi trend yang digayakan adalah ikutan remaja sekarang, memang meletuplah!
Kpop Boys Lawan Band Rock book cover
#4

Kpop Boys Lawan Band Rock

2014

EXO, Super Junior dan Bangtan Boys! Ia trend muzik Korea yang paling digemari... meledak tanpa boleh disekat lagi! Siapa tidak suka KPOP? Maka dilabel ketinggalan. Siapa tidak minat KPOP? Tentu dianggap tidak mengikut arus zaman. Atas pengaruh itu, apabila sekumpulan pelajar berpenampilan KPOP melawat Sekolah Sri Bangsar... habis semua orang jadi gila bayang! Tambahan pula... tiga jejaka bernama Niel, AJ dan Kim memang hebat menari dan smart sangat! Populariti tiga jejaka KPOP Boys itu rupa-rupanya mencabar kumpulan rock Sri Bangsar yang digelar band Rangers. Selama ini Rangers bagaikan artis Sri Bangsar, digemari peminat kerana bersuara emas. Malangnya... Roy, Zack dan Adi mula diketepikan. Semuanya gara-gara perhatian kepada KPOP Boys semata-mata!
Gadis Novel Lawan Budak Komik book cover
#7

Gadis Novel Lawan Budak Komik

2016

Pembubaran Kelab Novel dan Kelab Komik? Sekolah Sri Bali kecoh apabila dua presiden menyerang mesyuarat kelab dan persatuan. Tidak puas hati kerana kelab mereka dibubarkan oleh pihak sekolah! Nella Amara selaku presiden Kelab Novel dan geng gadis-gadis novel harus bertindak! Hafidzi Roshidi beserta pelajar-pelajar yang mencintai komik perlu mempertahankan hak! Tragedi pembubaran dan peristiwa kekecoahan itu sampai ke pengetahuan Tuan Pengetua. Mereka diberi peluang kedua, mesti tingkatkan jumlah keahlian kelab. Buktikan siapa lebih banyak penyokong… komik ataupun novel? Maka Nella Amara mula merancang strategi. Menarik pembaca dengan gula-gula hadiah yang lumayan tidak terperi. Hafidzi Roshidi pula menggunakan kaedah kostum dan maskot, sampai Naruto dijemput ke sekolah! Sengitnya perlawanan, masing-masing mula melancarkan perang saraf! Pencinta novel memperlekehkan komik, katanya itu bahan bacaan ringan lagi picisan. Kaki komik pula melabel pembaca novel itu gemar berkhayal dan jiwang. Pertembungan dua pihak, novel ataupun komik yang akan menang? Kelab mana yang akan kekal? Bacalah Gadis Novel LAWAN Budak Komik… apa yang penting, ini bahan bacaan yang menyeronokkan!
Miss Kimchi Lawan Raja Sambal book cover
#8

Miss Kimchi Lawan Raja Sambal

2016

Scha Aluya, graduan dari universiti di korea terlalu banggakan kimchi. Hatinya remuk redam apabila mendapat tahu kakak iparnya terbuang kimchi kesukaan. Bermula dari situ, dia mula membuat kimchi sendiri dan masak makanan berdasarkan kimchi. Nazmi Uthman, graduan kulinari universiti tempatan. Dek minat dan kegemarannya makan sambal ikan bilis di kantin Sekolah Sri Bangsar, dia sanggup kembali ke sekolah itu bagi menuntut ilmu dengan pemilik kantin, Mak Cik Sharepah. Awalnya, Scha Aluya dan Nazmi Uthman suka sama suka hingga menyamakan diri mereka dengan Taeyeon, Girls Generation dan Baekhyun, EXO! Malah, citarasa muzik K-Pop mereka juga seia sekata. Namun, rupa-rupanya mereka ternyata berbeza. Selera makan mereka terangan-angan tidak sama! Merekaberdua dilaga-lagakan hingga mmporak-perandakan kantin kesayangan Mak Cik Sharepah. Malahberperang besar hingga mengadakan pertandingan memasak kimchi lawan sambal! Mana satu hidangan yang akan disukai warga Sri Bangsar? Adakah mereka berdua dapat kembali berdamai? Ketahui kisahnya dalam Miss Kimchi lawan Raja Sambal. Pastikan perut anda kenyang sebelum membaca novel ini ya!
Miss KPOP Lawan Che Mek Molek book cover
#9

Miss KPOP Lawan Che Mek Molek

2016

Kegilaan remaja kini ~ budaya Korea yang rancak lagi popular! Apatah lagi ditambah dengan kacaknya Oppa Korea, ia mampu buatkan jantung berdegup kencang, mata sampai membuntang, urat muka pun jadi tegang! Memang gila bayang! Bertambah gila sekiranya ada pengumuman konsert jelajah di Malaysia. Automatik bagaikan ombak di lautan, peminat KPOP menunjukkan padunya sokongan! Syilala juga begitu... peminat BigBang paling fanatik tahap maksima! Berlainan personaliti dengan Ema Mona, gadis itu begitu menitik beratkan budaya Melayu tradisional. Tariannya lembut-gemalai. Berpenampilan baju kurung yang bersulam keemasan dengan kerongsang besar. Memang cantik, memang tertawan!Akibat berbeza budaya, Syilala mahu buktikan bahawa tarian tradisional tersangatlah ketinggalan zaman. Manakala tarian rentak KPOP lebih menyeronokkan. Ema Mona pula begitu lantang mempertahankan seni tradisional Melayu yang semakin dilupakan.
Bilik Atas Lawan Bilik Bawah book cover
#11

Bilik Atas Lawan Bilik Bawah

2017

Qaseh dan Cinta. Nama keduanya, sekali dengar seperti teman tetapi mesra, bagai best friend forever. Hakikat sebenarnya... mereka berperang tahap hendak meletup asrama dibuatnya! Segalanya bermula dengan insiden ketika menjemur baju. Baik Qaseh mahupun Cinta... masing-masing tidak mahu mengalah. Apatah lagi meminta maaf kerana itu macam pantang besar! Ego tinggi melangit, atas sebab itu kedua-duanya lebih rela melancarkan perang saudara. Pelbagai rancangan direncana demi menyakitkan hati seteru paling dibenci di seluruh alam semesta! Qaseh sanggup menjadi hantu. Cinta membalas dengan senjata Milo busuk.Lalu serbuk lada juga diguna sama.Malah kucing gebu pun turut jadi mangsa, dibaling macam bom tangan!
Pocong Asrama Lawan Banduan Penjara book cover
#12

Pocong Asrama Lawan Banduan Penjara

2017

Berita terkini: Dua orang banduan terkenal baru melarikan diri dari Penjara Pantai Cetek. Mereka lebih dikenali dengan nama samseng Ngah Fadhil dan Botak Cun. Kedua-duanya amat berbahaya, disabitkan kesalahan menceroboh dan mencuri menggunakan senjata api. Kini suspek disyaki berada di sekitar Lembah Klang. Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dan segera melaporkan kepada polis jika terlihat aktiviti yang mencurigakan.

Authors

548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
© 2025 Paratext Inc. All rights reserved