Berita terkini: Dua orang banduan terkenal baru melarikan diri dari Penjara Pantai Cetek. Mereka lebih dikenali dengan nama samseng Ngah Fadhil dan Botak Cun. Kedua-duanya amat berbahaya, disabitkan kesalahan menceroboh dan mencuri menggunakan senjata api. Kini suspek disyaki berada di sekitar Lembah Klang. Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dan segera melaporkan kepada polis jika terlihat aktiviti yang mencurigakan.