Margins
Lelaki Yang Tak Punya Apa-Apa Untuk Dipersia book cover
Lelaki Yang Tak Punya Apa-Apa Untuk Dipersia
2017
First Published
3.59
Average Rating
247
Number of Pages

Kehidupan Monet berubah setelah keretanya melanggar seorang gadis bergaun merah ketika pulang dari kerja. Di dunia yang dihuni Monet, orang yang dibunuh akan menjelma kembali selama empat hari sebagai Roho (Roh) yang boleh membalas dendam atas kematiannya. Monet seorang lelaki pekerja kilang besi yang pendiam menjadi ketakutan apabila gadis yang bernama Arabella mula menjadi tetamu di rumahnya bermula saat kemalangan tersebut. Tetapi yang berlaku adalah sebaliknya apabila Arabella hanya mengekori Monet tanpa berbuat apa-apa, bahkan menjadi seorang rakan yang baik selama beberapa hari mereka bersama di bawah satu bumbung. Monet yang rasa bersalah atas kematian Arabella mula mencari cara untuk menghidupkan kembali gadis tersebut sehingga akhirnya menerbitkan pelbagai cerita yang membongkar kisah sebenar tentang kemalangan yang meragut nyawa Arabella dahulu.

Avg Rating
3.59
Number of Ratings
155
5 STARS
19%
4 STARS
35%
3 STARS
35%
2 STARS
7%
1 STARS
4%
goodreads

Author

Hasrul Rizwan
Hasrul Rizwan
Author · 13 books

Hasrul Rizwan atau lebih dikenali sebagai Mat Gorn adalah penulis novel dan cerpen dalam pelbagai rumah penerbitan alternatif masa kini. Antara karya terlaris tulisannya adalah trilogi Murtad yang diterbitkan oleh FIXI, Budak Hostel Otaknya Sewel dan juga Bercakap Dengan Jun dari Dubook Press. Karya-karyanya banyak berkisar tentang dunia fantasi yang mengkhayalkan selain bersifat absurd, lucu, gelap dan vulgar.

548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
© 2025 Paratext Inc. All rights reserved