
Legenda lokar puaka di asrama SMK Sri Kayangan menjadi igauan ngeri kepada pelajarnya. Setiap tahun lokar itu mahukan korban manusia sebagai makanannya. Selangkah masuk ke asrama itu bermaksud selangkah juga menjadi santapan si lokar puaka! Pelajar asrama itu punya cara sendiri untuk memilih pelajar yang perlu dikorbankan. Masing-masing terpaksa berjuang untuk selamat atau menjadi mangsa yang perlu dikorbankan! Kisah lokar dibahagikan kepada empat kisah berbeza (Rumah Hantu, Lipas, Gelanggang dan Lokar Puaka) dengan matlamat sama iaitu memilih korban untuk diberikan kepada lokar puaka yang seringkali muncul di mana-mana selagi kemahuannya tidak dituruti. Namun, sampai bila pelajar asrama perlu mencari korban untuk si lokar? Apakah tiada cara lain membuang lokar puaka itu? Dan apakah sebenarnya kebenaran di sebalik semuanya? Semuanya dalam LOKAR!
Author

Muhammad Fatrim was born in Beaufort, Sabah and raised in Kuala Penyu, Sabah. Currently studying in Bachelor Creative Writing (hons) in Faculty Film, Theatre & Animation (FiTA) UiTM Puncak Perdana Shah Alam, Selangor. His second novel is a FIXI's latest novel entitled ASRAMA.