
Marry Me, Mawar - Lila Vee Bagi seorang Mawar Aisyah yang sudah punya senarai panjang untuk calon imamnya sejak dia berumur lapan belas tahun lagi, memilih pasangan hidup yang terbaik adalah perkara yang paling penting. Cuma, yang Mawar tak pernah sangka adalah dia akan ditemukan dengan dua orang kembar yang sama baik, sama kacak, sama memikat. Bila hati harus memilih, lantas... bagaimana? *** Masquerade - NIRROSETTE Dalam dunia seorang Nadia Ellisya, hanya wujud teman baiknya Deeya dan diari hitam kesayangannya. Tiada apa lagi yang bermakna dalam hidup Ellisya sejak kemalangan ngeri yang meragut nyawa kesemua ahli keluarganya. Ellisya merasakan dia tidak punya sebab lagi untuk bahagia. Namun semuanya berubah sejak bertemu Nine. *** Hai, Saya J(odoh) - BulanHijau Kata orang hati manusia ni ibarat span. Apabila dicelup ke dalam air, ia akan terus menyerap. Macam tu jugalah hati seorang Laila Nur. Sekali dia sudah jatuh cinta bukan senang untuk dia terus melupakan. I wish we had a delete button in our life. Bagi Lilo semua orang berhak diberikan peluang kedua to start over. Tapi perlukah dia beri peluang kedua dan biarkan hatinya terus disakiti? Atau, dia perlu beri peluang kedua untuk dirinya sendiri? Peluang untuk mengenali dan peluang untuk jatuh cinta sekali lagi?
Authors

Nirrosette aka Nir, Nirro and Mother of Roses Dilahirkan pada August 2011 (mengikut kalendar Jemari Seni) Loves listening to sad and sappy love songs while writing. Obsessed with the scent of roses hence the chosen pen name. Here's a list of my published work: 1. Ikhlas A.K (2011) 2. Nah, Untuk Awak (2012) 3. Tunggu Aira Di Kota Bandung (2013) 4. Gaun Pengantin Untuk Hannah dalam Antologi Kerana Dia Ratu Sehari (2014) 5. Ice dalam Rasa (2014) 6. Warkah Untuk Abah dalam Antologi Di Bawah Langit Tanah Pertiwi (2015) 7. Bos Aku Kerek bersama The Awesome Five (2018) 8. Emma X Hud (2018) 9. Love, Kaseh dalam Malam 1000 Bulan (2020) 10. Masquerade dalam Love, Perhaps (2021) 11. Love You A Latte dalam Hope (2021) 12. Rhymes of Reason (2021) 13. Puisi untuk Aira (2021) 14. Buah Hati Nafeesa (2022) 15. Ikhlas A.K! revamped (2023) 16. Prelude Cinta Kita (2023) Happy reading and reviewing! Find me on IG: Nirrosette Love, N