Margins
Mahadewi book cover 1
Mahadewi book cover 2
Mahadewi
Series · 2 books · 2024

Books in series

Mahadewi book cover
#1

Mahadewi

Legenda Ratu

2024

Hutan Sankala dan Batu Samsara membawa setiap jiwa menyelusuri sebuah legenda masa lalu…. Pada suatu zaman dahulu, wujudnya seorang ratu yang sangat cantik dan anggun. Ratu penjaga Gunung Sankala. Jika ada orang bangsawan yang mahu melamarnya, dia akan meletakkan syarat-syarat yang aneh sehingga mereka berputus asa. Ratu Sankala, sungguh jelita dan berpancasona! Dan bagaimana jika si Tuan Putera Musang berjanggut bertemu dengan Ratu bersyarat tujuh? Cinta yang hilang kini datang kembali di dalam perbezaan zaman dan waktu. Misteri terungkai dan sejarah terlerai. Kini tiba masanya dongeng menjadi realiti. Dan semuanya… bagaikan sakti.
Mahadewi book cover
#2

Mahadewi

Legenda Raja

2024

Legenda Mahadewi, seorang wanita sakti yang diam di atas Gunung Sankala, berpancasona indah. Bijak dalam segala perihal di dunia ini. Senyumannya seindah betari syurga. Tengku Mahadi Syahidan atau digelar ‘Ghost’. Perjalanannya untuk masuk ke Sankala bersama isteri dan rakan-rakannya yang lain untuk mencari sebuah ‘batu’, merupakan perjalanan yang sangat mistik. Segala-galanya di Sankala sangat indah dan misteri. Penuh dengan putaran sejarah yang aneh. Legenda-legenda Melayu yang pernah dibaca mereka di ‘dunia sebenar’, semuanya ada di sini! Antara misteri dan masa. Antara cinta dan nyawa. Di Sankala, semuanya bagaikan mimpi indah yang melenakan. Manis yang berbahaya. Cinta yang berkelana. Apakah yang akan terjadi kepada Ratu di Gunung, Penjaga Sang Batu dan Raja antara Masa? Legenda yang tidak pernah terpadam aksaranya. Dan semuanya… bagaikan sakti.

Author

548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
© 2026 Paratext Inc. All rights reserved
Mahadewi