Margins
Mari Menjadi Hamba book cover
Mari Menjadi Hamba
2017
First Published
4.63
Average Rating
192
Number of Pages

Kawan biar dengan semua, tetapi sahabat cari yang betul-betul. Buku PURIS Mari Menjadi Hamba oleh Hilal Asyraf ini telah diberi nafas baharu serta garapan mesej yang lebih terkini terdiri daripada pengumpulan artikel-artikel yang membawa kita terus pulang kepada Allah, tanpa melupakan praktisnya dalam kehidupan. Mari Menjadi Hamba hendak membawa kita semua pulang menjadi hamba kepada Allah. Tidak memisahkan dunia dengan akhirat. Tidak memisahkan akhirat dengan dunia. Seterusnya mengajak kepada disiplin hidup yang mapan dan kehidupan yang matang serta berwawasan. Mari Menjadi Hamba kali ini diharap dapat memberikan anjakan dan gesaan agar kita melihat persoalan-persoalan itu dari satu sisi yang baharu. Bagi HILAL ASYRAF, dia menulis kerana mahu menyampaikan, sebagai peringatan buat diri sendiri sambil mahu mengajak orang lain agar sama-sama kembali menjadi hamba Ilahi. Menyumbangkan apa yang ada pada dirinya itu untuk pembangunan umat. Sesungguhnya umat yang mantap itu, dibina oleh isinya yang mantap juga.

Avg Rating
4.63
Number of Ratings
8
5 STARS
75%
4 STARS
13%
3 STARS
13%
2 STARS
0%
1 STARS
0%
goodreads

Author

Hilal Asyraf
Hilal Asyraf
Author · 46 books

MUHAMMAD HILAL ASYRAF atau lebih dikenali sebagai Hilal Asyraf, merupakan graduan Yarmouk University(2012), Jordan dalam bidang Usuluddin. Beliau telah memulakan karier sebagai seorang penulis semenjak April 2009 dengan karya sulung, Novel VT dan Buku Motivasi Langit Ilahi: Tuhan Tidak Lupakan Kita. Semenjak itu, beliau aktif mengarang karya-karya fiksyen dan non-fiksyen. Kini telah menghasilkan lebih 40 judul karya. Beliau juga merupakan pengasas kepada web LangitIlahi.Com, dan semenjak penghujung 2016, beliau telah menubuhkan perniagaan penerbitan beliau sendiri - Hilal Asyraf Resources, dan mula menerbitkan sendiri karya-karya beliau.

548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
© 2026 Paratext Inc. All rights reserved