Margins
Matahari Itu Jauh book cover
Matahari Itu Jauh
2015
First Published
4.31
Average Rating
127
Number of Pages

Sejumlah 56 buah puisi dalam kumpulan ini menjajarkan kenangan, pengalaman, pengamatan, dan taakulan penyair berdasarkan kunjungan perjalanannya, pada hujung tahun 2014, ke Sumatera Utara dan menelusuri selatan provinsi tengahnya, Indonesia - dari kota Medan, lewat Kabanjahe, Sibolangit, Penatapan, Brastagi, ke Sipiso-piso dan Danau Toba. Kunjungan perjalanan ini, meski singkat, namun berharga dan dimaknakan dalam kreativiti kepenyairan beliau.

Avg Rating
4.31
Number of Ratings
32
5 STARS
53%
4 STARS
25%
3 STARS
22%
2 STARS
0%
1 STARS
0%
goodreads

Author

Rosli K. Matari
Rosli K. Matari
Author · 3 books

Rosli K. Matari, antara penyair terpenting angkatan 80-an Malaysia. Pernah memenangi Hadiah Sastera Malaysia 1988/89, hadiah utama dalam Hadiah Sastera Utusan Melayu-Public Bank 1990, 1991, 1992, 1993, serta hadiah penghargaan pada tahun 1995, Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) 1996/1997, hadiah penghargaan dalam Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU)-ExxonMobil 2011, HSPM 2010/2011, hadiah utama dalam HSKU-ExxonMobil 2012, HSPM 2012, Penghargaan Karyawan Kelantan 2013, dan HSPM 2013. (Biodata dalam Tidakkah Kita Berada Di Sana?) Dalam puisi mutakhir di tanah air, Rosli K Matari, berserta Rahimidin Zahari, Moechtar Awang dan Rudi Mahmood antara penyair berwibawa selepas Muhammad Haji Salleh, Baha Zain, Kemala serta Latiff Mohidin. Puisi Rosli K Matari, meski jarang muncul dalam media massa, memenangi banyak hadiah seperti Hadiah Sastera Malaysia, Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) dan Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM). Kumpulan puisi pertamanya, Nun Bulan pada tahun 2011 membuktikan sifat tekun dan cermat memperhalusi kreativiti kepenyairannya. Ia terbit sesudah 33 tahun menghadirkan diri dalam ranah sastera, sejak puisi pertamanya tersiar dalam Dewan Sastera pada tahun 1978, ketika berusia 17 tahun. Rosli K Matari tidak perlu menunggu lama untuk menyaksikan kelahiran itu, tetapi beliau tidak gelojoh untuk cepat memiliki kumpulan puisi. Dunia kepenyairan seolah-olah jalan panjang bagi dirinya. Sejumlah puisi bernilai tinggi termuat dalam kumpulan ini sebahagian besarnya belum tersiar, tersimpan dan diperhalusinya sekian lama. Karyanya mengangkat tema besar mencakupi ketuhanan, kemanusiaan dan peperangan. (M Arif dalam Jalan Panjang Seorang Penyair, Berita Harian (BH), 17 Mac 2015) Penyair, Rosli K Matari, sempat berkongsi pengalamannya membina bakat kepenyairan dan jalur kepengarangan bersama-sama pengarang lain terutama anak kelahiran Kelantan dalam pertemuan dengan beliau di Kubang Kerian, Isnin lalu. Ada hubungan istimewa antara anak muda generasinya ketika itu yang memiliki jiwa berkobarkobar untuk menjadi penyair dan menyuburkan ranah puisi tanah air. Bersama penyair yang lebih berusia daripadanya, Abdulhadi Muhamad, mereka saling membaca dan menilai puisi yang dihasilkan, lalu memberikan markah kepada karya berkenaan. Malah, dua pengarang itu sering ke acara puisi dengan berbasikal ketika Rosli masih remaja, sambil mengelek fail yang berisi karya yang bertulis - malangnya fail itu tertinggal, lalu dibakar oleh tukang sapu - sehingga ia menjadi sekian banyak pengalaman yang melahirkan mereka sebagai penyair pada hari ini. Begitu juga kisah beliau dengan penyair lain seperti Rudi Mahmood yang lama menyepi tetapi apabila muncul pada ranah puisi pada tahun lalu, masa seolah-olah tidak berbekas atau menghakis kehebatan puisinya atau Azmi Yusoff yang akhir-akhir ini kembali rancak mengirimkan puisi. Beliau sempat mengimbau Allahyarham Mustafa Jusoh yang ranah puisi dan drama Kelantan seolah-olah berpusat pada tokoh itu pada hayatnya selepas Allahyarham Abdul Aziz HM meninggalkan kita. (Nazmi Yaakub, Pertemuan Bersama Penyair Kelantan, Sedarkan Khazanah yang Kian Hilang, BH, 5 Februari 2015) NUN Bulan karya Rosli K Matari hadir pada ranah sastera tanah air agak lewat berbanding usia kepenyairannya yang menjangkau 33 tahun sejak puisi pertamanya tersiar di Dewan Sastera pada 1978. Bagaimanapun kumpulan yang menghimpunkan 52 puisi ini, memiliki perwatakan tersendiri sehingga tidak mungkin terapung-apung dalam lubuk puisi tanpa menimbulkan gelombang puitisnya. Ini kerana Rosli K Matari tidak berlebih-lebih dalam menuang fikir, memilih diksi dan membentuk puisi tetapi membaca puisinya menjadikan kita merasakan karyanya tepat untuk mengungkapkan pemikiran dan perasaan kepenyairan yang mendalam. (Nazmi Yaakub, Nun Bulan, BH, 13 April 2012)

548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
© 2025 Paratext Inc. All rights reserved