Margins
MENTAL book cover
MENTAL
2012
First Published
3.90
Average Rating
300
Number of Pages

Mental Bagi Maya, menjadi orang gaji di dalam rumah teres dua tingkat itu ibarat menyelia sebuah institusi mental. Tuan Jin menduakan isterinya, Puan Sierra mengharungi tekanan perasaan, Rashid bencikan anggota badannya sendiri, dan Rania seolah-olah cuba menjadi murtad! Mereka semua gila. Mereka semua punya cerita. Tetapi kehidupan Maya berubah apabila dia dikejutkan dengan nama Raudhah. Dia jadi bingung dan terganggu. Siapakah wanita itu? Apakah kaitan wanita itu dengan dirinya? Dan mengapa nama itu seakan-akan mempunyai satu cerita yang sukar untuk dia ungkaikan? MENTAL mengisahkan tentang pencarian. Mencari sesuatu yang jelas di depan mata, mencari sesuatu yang bakal diberitahu, dan mencari sesuatu yang cuba dihindar. - - - - - - - - - - - - - - - - - - - Maya is a maid who is convinced that the members of the family she works for are crazy. But there's a secret she slowly finds out – about a mysterious woman named Raudhah. ______________ Novelis : Shaz Johar Shaz Johar gemar menulis novel-novel yang 80% intipati ceritanya berlaku di depan mata manakala selebihnya diolah untuk melengkapkan jalan cerita itu sendiri. Dilahirkan dan dibesarkan di Kuala Lumpur, dia kini berhenti seketika dari mengelilingi dunia untuk memberikan tumpuan kepada kehidupan yang lebih stabil di tanahair. MENTAL merupakan novelnya yang ketiga selepas KOUGAR dan TABU. Kepada sesiapa yang ingin mengetahui perkembangan lanjut tentang penulis separa muda ini, dia boleh ditemui di akaun twitter @malayrhapsody, Facebook SHAZ JOHAR, dan celotehnya sekali-sekala dijumpai di laman blog JEJAKA ANGGUN. Rekabentuk/letak kulit : teckhee.blogspot.com Perunding : Hani Amira Suraya & Iqbal Abu Bakar Cetakan Pertama : November 2012 Cetakan Kedua : Disember 2012 Cetakan Ketiga : Mac 2013 -

Avg Rating
3.90
Number of Ratings
857
5 STARS
32%
4 STARS
36%
3 STARS
25%
2 STARS
5%
1 STARS
2%
goodreads

Author

Shaz Johar
Shaz Johar
Author · 16 books
Shaz Johar was born and raised in Kuala Lumpur. He works in a bank. His first novel KOUGAR (2011) won the Selangor Young Talent Award for Best Malay Novel. He followed this up with TABU (2011) and MENTAL (2012).
548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
© 2025 Paratext Inc. All rights reserved