
Hendak mencari seorang suri hati, memang bukan satu perkara yang mudah. Dilahirkan dalam keluarga yang agak berada dan punya raut wajah yang memukau pandangan, niat mana-mana wanita yang cuba mendekatinya sudah mampu dibaca sejak awal. Disebabkan itu Zehan tidak mahu tersilap memilih calon isteri. Mummy nak aku kahwin. - Zehan Permintaan seorang ibu. Dan Zehan tiada masalah langsung untuk menunaikannya. Yang menjadi masalah, bila ramai wanita yang mendekatinya rata-rata adalah spesies gold-digger. Zehan tak letakkan sebarang syarat yang tinggi untuk menjadi isterinya. Cukuplah sebuah keikhlasan yang dia cari. Sudahnya 'Misi Mencari Cik Ikhlas' diatur oleh Firdaus, selaku orang kanan Zehan. Malangnya, tiada seorang pun calon yang memenuhi citarasa Zehan. Hinggalah Puan Sri Maliza pula terpaksa mengambil alih tugas Firdaus. Mummy ada berkenan dengan seseorang. Minggu depan Han jumpa dia, boleh? - Puan Sri Maliza Zehan akur. Lantas pertemuan dua jiwa diatur rapi. Introduce yourself, please. - Zehan Ainul Afeya, 24 tahun. Panggil aje, Feya. - Afeya Tuan Zehan, 33 tahun. You boleh panggil I, Tuan. - Zehan Dah kenapa saya nak kena panggil awak, tuan? Sejak bila pula saya jadi pekerja awak? Banyak cantik muka awak. Mentang-mentang keluarga saya orang biasa, suka hati awak nak letakkan darjat awak lebih tinggi daripada kami. - Afeya Tiba-tiba kena sembur macam tu serius Zehan memang kurang mengerti. Namun dalam masa sesaat, sel-sel otaknya mula berhubung. Terus Zehan buang keluhan nipis pada bibir. Melangkah setapak ke hadapan, dompet kulit miliknya ditarik keluar. 'Sesuatu' turut dikeluarkan lalu ditayang tepat di hadapan wajah Afeya. Sikit lagi nak cecah batang hidung mancung milik si gadis. Tuan Zehan bin Tuan Zainal. Untuk orang baru macam you memang I selesa kalau you panggil I, Tuan. Zehan tu untuk orang yang dah kenal rapat dengan I. Ada masalah tentang nama I, Cik Ainul Afeya? - Zehan Kasar. Itu perwatakan Afeya dari awal pertemuan Zehan dengan gadis itu. Entah macam manalah Puan Sri Maliza boleh berkenan dengan perempuan ni pun Zehan tak faham. Namun ada sesuatu pada diri gadis itu yang membuatkan Zehan terpaut. Zehan yakin Afeya adalah 'Cik Ikhlas' yang dia cari selama ini. Namun tatkala sebuah kebenaran terbentang jelas, hati Zehan retak berderai. Beberapa hari mereka bergelar suami isteri, Afeya sudah berani membuat onar. Dalam rumah ni cuma ada I dan you, Feya. Jadi I nak tahu, you ke yang ambil duit dalam laci pejabat I? - Zehan Punah segala kepercayaan tatkala Afeya langsung tidak menafikan. Zehan keliru. Adakah Afeya juga mendekatinya semata-mata kerana harta kekayaan?