Margins
Misi Solat book cover 1
Misi Solat book cover 2
Misi Solat book cover 3
Misi Solat
Series · 5 books · 2017-2025

Books in series

Mission 5 Daily Solat #1 book cover
#1

Mission 5 Daily Solat #1

Imran's Solat Diary

2017

In all my life, I’ve only prayed three times. The first time, during Eid al Fitri. The second, during Eid al Adha. And the third, during my grandmother’s janazah prayer a few months ago. Mom and dad didn’t pray that I don’t pray. My previous ustazs and ustazahs didn’t too. Same as my brother and sister because they didn’t perform prayer too. But, suddenly this ustaz Azhar cares. That’s why I started this book of doodles. I need to learn how to perform a prayer and all the things about solat, I’m going to put it here. I have one week until the test. I HAVE to know how to perform a prayer before that time comes. I am going to do all it takes as long as I’m not placed in detention by Ustaz Azhar. Seriously!!!
Misi Solat Lima Waktu #2 book cover
#2

Misi Solat Lima Waktu #2

Diari Doa Imran

2019

Habislah! Saya ada terbuat sesuatu di sekolah, dan Bob sangat marah pada saya! Tidak kenal Bob? Dialah murid paling samseng di sekolah .... Bukan, di seluruh dunia! Ustaz kata, senjata orang Islam ialah doa. Sebab itu, saya perlu lawan Bob dengan doa (kalau lawan bertumbuk, habislah saya). Masalahnya, saya cuma hafal doa sebelum makan. Aduh, apa yang perlu saya buat?
Misi Solat Lima Waktu #3 book cover
#3

Misi Solat Lima Waktu #3

Diari Akhlak Imran

2021

Di sekolah tadi, saya terlupa bawa kerja sekolah. Cikgu Maimon mengamuk. Dia kata, kalau saya tidak belajar rajin-rajin, saya akan jadi seperti Pak Dollah. Siapa Pak Dollah? Saya tanya Badrul, tetapi dia palingkan muka. Saya terlupa yang kami sedang bergaduh. Aduh… ketika ini, saya juga sedang bergaduh dengan emak dan ayah. Hidup saya jadi haru-biru. Kenapa semua orang tidak sayang dan suka saya? Adakah saya terlalu jahat? Nenek kata Allah dan Nabi suka orang yang berakhlak mulia. Tapi, apakah maksud akhlak yang mulia? Hmm… siapa boleh ajar saya, ya?
Misi Solat Lima Waktu #4 book cover
#4

Misi Solat Lima Waktu #4

Diari Umrah Imran

2024

Imran amat gembira apabila dapat tahu dia dan keluarganya akan pergi melancong ke luar negara dengan menaiki kapal terbang. Tapi, ke mana mereka akan bercuti? Ia kekal menjadi misteri sehinggalah ayah Imran mengumumkan kepada jemaah masjid yang mereka akan pergi menunaikan umrah. Umrah? Adakah ia pusat peranginan yang mempunyai pantai yang indah ataupun gunung yang bersalji? Inilah misi dan diari terbaru Imran… Misi Umrah Imran!
Misi Solat Lima Waktu #5 book cover
#5

Misi Solat Lima Waktu #5

Diari Sirah Imran

2025

Sekolah saya akan mengadakan sambutan hari kanak-kanak. Yang seronoknya, kami bebas untuk pakai baju bertemakan wira! Yang tídak seronoknya, saya tídak tahu mahu pakai baju apa! Pelajar yang mengenakan pakaian terbaik akan menerima hadiah, iaitu set alat melukis yang sudah lama saya idamkan. Saya mahu menang! Namun saya tíada wira kegemaran seperti Badrul yang obses pada Batboi. Semasa mencarí idea di padang permainan, saya terjumpa Tok Fit. Selepas menyaksikan aksí hebat Tok Fit menyelamatkan budak-budak di situ, saya terus buat keputusan mahu jadikan beliau sebagai wira saya. Тетарі Tok Fit kata, dia tidak layak menjadi wira ataupun idola. Orang yang paling layak diangkat sebagai wira ialah Nabi Muhammad.| Selepas mendengar Tok Fit berceríta tentang Nabi, baru saya tahu, Nabi Muhammad ialah wira yang paling hebat di dunia! Mari bersama saya ikuti kisah-kisah Nabi Muhammad kesayangan kíta!

Authors

548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
© 2026 Paratext Inc. All rights reserved
Misi Solat