
YURA AMEENA si gadis clumsy pemilik kedai buku yang bercita-cita mahu menjadi penulis novel cinta seperti arwah kakaknya. Namun begitu, desakan mamanya selalu membuat dia sakit kepala. "Mama tak kira! You kena terima Fahmi! Sampai bila you nak lari? Fahmi betul-betul sayangkan you!" MAMA Yura tak mahu! Yura tak pernah sukakan Fahmi! Pertemuannya dengan AYYASH ZARKASHI, pemilik studio fotografi serta juru kamera yang merangkap jirannya itu. Memberi peluang cerah untuk Yura melarikan diri dari desakan mama. Apatah lagi, lelaki itu ibarat hero yang selalu menyelamatkannya. “Ayyash... awak nak tak kahwin dengan saya?” YURA "Tapi kau tak kenal aku.” AYYASH Bagi Yura, kerana itu dia memilih Ayyash. Kerana sekurang-kurangnya nanti mereka tidak rugi apa-apa jika berpisah. Soalnya hati, tidak mampu ditelahi. Mereka akhirnya jatuh cinta di dalam lakonan yang dicipta. Di saat meniti bahagia... "Kau tahu siapa sebenarnya suami kau tu, Yura?" FAHMI "I thought you are my hero. But you're a liar. Am I a joke to you, Ayyash?" YURA Mampukah Ayyash memujuk hati Cik Clumsynya kembali setelah rahsia yang di simpannya selama ini terbongkar tanpa sempat dia menjelaskannya?