Margins
Misteri Kem Motivasi book cover
Misteri Kem Motivasi
2018
First Published
4.19
Average Rating
371
Number of Pages

Kedatangan Cikgu Suraya ke Sekolah Menengah Agama Haji Barokbah telah membuatkan sekolah bertukar ceria. Guru muda itu sungguh mempersonakan dan membuatkan mata-mata tidak berhenti memandangnya. Mat Piah menjadi angau dan mula mencari jalan untuk dekat dengan Cikgu Suraya, walaupun mendapat saingan yang hebat dari Cikgu Marzuki. Setiap hari Mat Piah mencari jalan dan perkhemahan Kem Motivasi di Sungai Chilling menjadi titik untuk menyemai cintanya. Pelajar-pelajar tingkatan lima bergembira tanpa menyedari sesuatu yang menakutkan telah menunggu kedatangan mereka ke situ. Lembaga dongeng yang bertubuh besar dan hamis, makhluk tidak berwajah yang dagunya terbelah hingga ke rengkung bahkan zombi yang tergantung. Akhil, Widad, Cupin, Mat Piah dan Ahmad Maslang tersepit di antara nyawa dan keberanian. Sekali lagi mereka menempuhi malam yang panjang. Cuba menyelamatkan rakan-rakan mereka yang hilang satu persatu di kem motivasi. Meredah kegelapan demi menentang kejahatan dalam keadaan yang sungguh bangang dan menjengkelkan.

Avg Rating
4.19
Number of Ratings
112
5 STARS
43%
4 STARS
41%
3 STARS
12%
2 STARS
1%
1 STARS
4%
goodreads

Author

Hasrul Rizwan
Hasrul Rizwan
Author · 13 books

Hasrul Rizwan atau lebih dikenali sebagai Mat Gorn adalah penulis novel dan cerpen dalam pelbagai rumah penerbitan alternatif masa kini. Antara karya terlaris tulisannya adalah trilogi Murtad yang diterbitkan oleh FIXI, Budak Hostel Otaknya Sewel dan juga Bercakap Dengan Jun dari Dubook Press. Karya-karyanya banyak berkisar tentang dunia fantasi yang mengkhayalkan selain bersifat absurd, lucu, gelap dan vulgar.

548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
© 2025 Paratext Inc. All rights reserved