Margins
Margins
548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
hello@margins.app
·
+1 (650) 223-5283
Privacy Policy
·
Terms of Use
© 2026 Paratext Inc. All rights reserved
Mrs. Kamil
Mrs. Kamil
Series · 2 books · 2017
By
Laydee Amarfi
Books in series
#1
Mrs. Kamil
2017
Kamil yang ego. Kamil yang angkuh. Sentiasa mahu dipandang sempurna oleh orang lain untuk menutup kisah silamnya yang tidak sempurna. Shafina yang naif, walau tahu Mr. Kamil tidak akan memandang pekerja bawahan sepertinya, tetapi hati tetap mahu memuja lelaki itu. Ahmad Kamil itu sangat sempurna di mata dan hatinya. Dan pada hari Shafina ditugaskan untuk menggantikan tempat pembantu peribadi Kamil yang bercuti sakit, mata Kamil ternampak sesuatu pada Shafina. Sesuatu yang dia mahukan. “Will you marry me Shafina? Marry me because of who I am, not because of my family and not because of my status.” - Kamil Mimpi Shafina seakan menjadi nyata apabila Kamil melamarnya untuk menjadi Mrs. Kamil. Walau hati tertanya kenapa Kamil memilihnya, tetap juga Shafina berkata YA! Tapi, rupanya bahagia itu bukan pada apa yang diimpikan. Kamil yang terlalu ego untuk mengaku cinta walau sudah bertahun mereka bergelar suami isteri buatkan Shafina rasa dirinya bukanlah wanita yang si suami mahukan. Lebih buatkan Shafina yakin, bila dia sendiri terbaca wasiat arwah Tok Daddy Kamil. Betullah, Kamil ada agenda tersendiri ketika melamarnya. “Mungkin…kita patut berpisah.” – Shafina Mendengar kata perpisahan, Kamil yang selama ini terlena mula tengadah. Bukannya dia tidak cinta. Tapi, sejarah lampau mengajarnya untuk keraskan hati. Cinta tidak semestinya melafazkan. Tega benar si isteri mengukur cintanya semudah itu! “If you leave me Shafina, there won't be another Mrs.Kamil. You're the one and only Mrs. Kamil.” – Ahmad Kamil Tapi cukupkah hanya dengan kata-kata itu saja? Selagi kata cinta tidak meniti di bibir Kamil, Shafina masih tidak dapat meyakinkan hatinya. Adakah Kamil akan memenuhi permintaan Shafina untuk berpisah? Dan apakah rahsia wasiat yang tertulis menyebabkan Shafina yakin Kamil memilihnya bukan kerana cinta?
#2
Mrs. Kamil 2
2017
Bertahun memegang gelaran Mrs.Kamil dan ibu kepada dua cahaya mata, Shafina berkeras mahu kembali bekerja. Kerana sayangkan isteri, Ahmad Kamil turutkan saja kehendak Shafina, melepaskan isterinya ke dunia luar yang penuh cabaran. Dan cabaran pertama Shafina apabila CEO tempat dia bekerja adalah Yulia Anan Aleksandr, wanita yang pernah menjadi BFF Kamil dan kini masih juga kawan baik suaminya. Menjadi PA pada seorang Yulia tak semudah yang Shafina sangkakan. “Betul kah you wanita yang sememangnya ditakdirkan untuk Kamil?” - Yulia “That is a stupid question, Ms.Yulia.” - Shafina “Yakin selamanya you akan pegang gelaran Mrs Kamil?” – Yulia Sinisnya Yulia dan kisah lama yang cuba dibangkitkan buat Shafina sering didatangi curiga terhadap Kamil. “Sha tahu sehebat mana Abang sayangkan Sha. Tapi kenapa Sha masih nak curiga dengan abang? After what we’ve been through, is my love still not enough?” – Kamil. Yang Shafina tidak tahu, Ahmad Kamil tetap Ahmad Kamil. Isteri adalah keutamaannya. “You touch my wife, bermakna you sedang mencari masalah dengan I.” “I tak pernah usik wife you!” Yulia mula hilang gaya profesionalnya. “You sentuh hati dia. You. Hurt. My. Wife.” Sebutir-sebutir Kamil menekankan bicaranya. Biar masuk menghentam segenap ceruk kepala Yulia. Mungkinkah Yulia pencetus masalah di antara Kamil dan Shafina? Atau sebenarnya Shafina sendiri yang tanpa sedar menjadikan emosi sebagai punca masalah?
Author
Laydee Amarfi
Author · 15 books