
Wafi Iskandar x Haura Qhadeeja. Jiran merangkap sahabat baik sejak bayi lagi. Memang rapat sehingga ramai yang menyangka mereka bercinta. Namun baik WAFI ataupun HAURA, kedua-duanya menafikan hubungan mereka. Mereka berjanji untuk menjadi sahabat sampai tua. Lagi pula Wafi seorang kaki perempuan. Kekasih bertukar ganti. Manakala Haura pula, memang benci lelaki playboy. Namun segala-galanya berubah secara tiba-tiba. “Ada datang merisik aku.” – Haura. “Siapa calon suami kau?” – Wafi. “Helmi.” – Haura. “Helmi aje?” – Wafi. “Helmi Tajuddin bin Datuk Razak.” – Haura. HELMI TAJUDDIN merupakan musuh sejak azali Wafi. Sejak zaman sekolah mereka bermusuhan, membawa sehingga ke zaman universiti. Wafi tahu memang Helmi sukakan Haura sejak sekolah lagi tetapi Wafi tidak mahu Helmi ada di antara dia dan Haura. Maka dia memotong jalan Helmi dengan melamar Haura. Oleh kerana kedua-dua keluarga kenal baik, keluarga Haura menerima lamaran Wafi. Maka terpaksalah Haura bernikah dengan kawan baiknya sendiri. Satu perjanjian dibuat bagi menetapkan hubungan mereka hanya sementara sahaja, kerana tiada cinta antara mereka. ‘Wafi, kenapa kita tak boleh jadi suami isteri yang sebenar-benarnya?’ – Haura Lelaki dan perempuan tidak boleh menjadi sahabat baik. Apatah lagi jika kedua-duanya sudah terikat dalam ikatan suami isteri. Haura yang pada mulanya berjanji tidak akan jatuh cinta, mula jatuh cinta terhadap suami sendiri sedangkan dia tahu cinta suaminya milik orang lain. “Kau anggap aku ni apa sebenarnya Wafi? Isteri atau kawan baik?” – Haura Haura pasrah jika cinta Wafi bukan untuknya. Namun, benarkah dia hanya bertepuk sebelah tangan? ‘I’m yours my love...