
SELAMA MANA dia bernyawa dia hanya mahu hidup sendiri. Jauh daripada mereka yang katanya darah daging sendiri. Nur Syaima hidup sejak sekian lama memujuk tangis sendiri, merawat luka sendiri malah menjadi sebatang kara sebelum waktunya. Pemergian ibu tersayang mengeringkan air matanya. Membunuh senyuman dan menghidupkan kebencian yang tidak boleh lagi diukur dengan apa jua. Tapi, mereka muncul semula. Takdir membawa Budriz dekat di depan mata. Menjadi petualang untuk segalanya. Memaksa benci yang tidak pernah padam itu, kembali marak terbakar. Hanya kali ini, dia akan pastikan, dia tidak lagi terbakar sendiri. “Why should I listen to a ridiculous demand from a madman like you?” - Nur Syaima “Because… I’m afraid I will tie you down in the most cruellest way that we both hate it…” - Syed Ahmad Budriz Budriz akur bila menerima kebencian daripada Syaima. Bukan sahaja saat ini tapi sejak sekian lama. Yang telah utuh berakar umbi. Malah, bagaimana dia cantas dahan kebencian, itu hanya membuatkan perasaan itu kian tumbuh subur. Sedangkan, di hatinya sejak sekian lama, hanya ada cinta pada wanita itu. Tidak pernah berubah. Hanya sahaja keadaan mereka membuatkan dia tidak pernah akuinya. Namun, setiap tindakan menzahirkan cinta. Hati Syaima adalah hati yang mati. Budriz hilang punca demi hidupkan semula hati itu. Hinggakan dia mengambil jalan singkat dan mengikat Syaima menjadi isteri dan membawa kebencian yang tidak lagi bertepi. "Seumur hidup aku, kau adalah satu-satunya manusia yang paling aku benci! Sampai aku mati!" - Nur Syaima “Abang minta maaf untuk semuanya. Tapi, abang mohon. Syai bantu abang. Bantu abang raih kasih sayang isteri abang sendiri…” – Syed Ahmad Budriz Dan, satu kehilangan itu belum tentu menjanjikan kebahagiaan pada hati yang bernafas dengan benci. Yet… fate placed you safely in my heart