
Prize winning literary works in the 2001 literary work contest of Kumpulan Utusan, Malaysia. Nasi Ayam Laut Sepinggan menghimpunkan 10 cerpen, 10 sajak dan 3 kajian/rencana sastera karya penulis kawakan dan generasi baru. Dengan multiteknik, karya-karyatersebut memanfaatkan isu dan tema yang rencam, antaranya: politik, sejarah, sosial, agama, jati diri dan kasih sayang; ditampilkan dengan pemikiran kritis dan kontemporer. Cerpen Hadiah Utama Bisa Sodak Pari - Zainal Rashid Ahmad Sang Politikus - Johan Jaaffar Dues Ex Machina - A. Aziz Jahpin Hadiah Penghargaan Srikandi Tanah Merdeka - Hashim Latiff Potret Ramadan - Hashim Latiff Pada Suatu Ketika di Ujong Madini II - Mohd. Hamim Mastor Kembali Ke Perut - Samsiah Mohd. Nor Penghujung - Salbiah Raduan Topeng - Saifullizan Yahya Paya - Wan Ahmad Ismail Puisi Hadiah Utama Pasar Perasaan - T. Alias Taib Nasi Ayam Laut Sepinggan - J. M. Aziz Kebaikan Yang Ranap - Arbak Othman Hadiah Penghargaan Juadah Keagungan - Abdullah Shuib Lidah Yang Tergigit - Abdul Razak Othman Sebatang Pohon Sebuah Kolam - Mohd. Kasim Mahmud Sesekali Dalam Sajak - Mat Rawi Hamat Asmara Ini Adalah Amanah, Adalah Nikmat - Radhiah Shaharuddin Luka Yang Lapar - Mohd. Yusof Ali Sejarah - Saifullizan Yahya Kajian dan Rencana Sastera Orientalisme, Pascakolonialisme dan Kepengarangan Melayu - Dr. Kamaruddin M. Said Nilai dan Konsep Sastera Angkatan 21 Dipersoalkan - Affandi Hassan Potensi Masa Depan Sastera Siber - Shahrom TM Sulaiman "Nasi Ayam Laut Sepinggan" sajak yang menjuduli antologi ini ialah buah tangan penyair Arwah J.M Aziz yang sebu romantisme, cinta-kasih-setia memanjang.
Authors

Tan Sri Johan bin Jaaffar (nama pena Jaafar Khan, J.J., Lanang Sejagat) adalah bekas pengerusi Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menggantikan Tan Sri Kamarul Ariffin Mohamed Yassin. Beliau juga merupakan pengerusi Media Prima Berhad dan juga pengarah Kumpulan New Straits Times Berhad. Beliau seorang penulis puisi dan drama di Malaysia yang terkenal. Beliau banyak kali menjadi hos temubual bersama pemimpin negara di televisyen. Mulanya Johan Jaaffar bersekolah di Sekolah Rendah Perserian, Semerah (1960-1965); sekolah menengah aliran Inggeris di Semerah (1966-1970) ;Sekolah Tinggi Muar (1972-1973); Universiti Malaya (1974-1977) dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera. Sejak 1960-an beliau terlibat dengan kegiatan sandiwara di Muar seperti menarik tali tirai dan mencari bahan-bahan untuk latar pentas. Semasa di sekolah menengah, beliau mula berlakon, menulis skrip dan mengarah drama untuk acara persembahan sekolah. Di universiti beliau aktif dalam Kumpulan Kesenian Universiti Malaya (KESUMA). Bertugas sebagai Pegawai Penyelidik (Pegawai Perancang Bahasa) di DBP; Ketua Bahagian Majalah (1988-1990); Ketua Bahagian Penerbitan Am DBP. Pada September 1991 belajar peringkat sarjana di Universiti Nottingham, England dalam bidang Critical Theory. Oktober 1992 berhenti di DBP dan mula bekerja di Kumpulan Utusan Melayu sebagai Ketua Pengarang Kumpulan; Ahli Lembaga Pengarah Utusan Melayu. Beliau hidup dalam 'dua alam' iaitu alam sastera/budaya dan alam pengurusan moden / korporat. Beliau seorang “sasterawan”, merangkap pengurus korporat. Beliau menjadi Ketua Pengarang Utusan Melayu ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim menanjak menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia menggantikan Ghafar Baba. Apabila Anwar dipecat beliau turut terpelanting . Beliau juga Ahli Majlis Perniagaan Malaysia (Malaysian Business Council); Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Multimedia (Multimedia Development Council); ahli Lembaga Pengarah BERNAMA serta pengarah di beberapa buah syarikat yang tersenarai di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL). Semasa bertugas di DBP, Johan menghasilkan cerpen “Potret Seorang Anu Sebagai Anu” (Dewan Sastera, Februari 1983). Novelet/drama/cerpen beliau berjudul Pemain (1987) - separuh autobiografi sasterawan/pentadbir bernama Johan. Selepas 1993, Johan tidaklah seproduktif para penulis sezamannya. Beliau ditugaskan memimpin Syarikat Utusan Melayu sebagai Ketua Pengarang dan tumpuannya hanyalah pada penulisan berita dan rencana. Novel terakhir beliau ialah Laguku Untukmu (1979). Cerpen yang terakhir ditulisnya lebih 15 tahun. Drama terbarunya, “Asiah Samiah” (1999). Ketika bersama Badan Budaya DBP, beliau mengarahkan drama “Mayat” (karya Hatta Azad Khan); “Hari-hari Terakhir Seorang Seniman” (adaptasi sendiri daripada novel Anwar Ridhwan); “Salina” (daripada novel A. Samad Said); “Rumah Kedai di Jalan Seladang” (daripada cerpen A. Samad Ismail). Dalam dunia kewartawanan jelas kelihatan dua Johan yang berbeza; kolumnis “Selayang Pandang” (dengan nama Lanang Sejagat dalam Mingguan Malaysia. Kolumnis “Nota Kaki” (Utusan Malaysia) lebih santai. Sementara ruang “Cambuk Wak Cantuk” (Mingguan Malaysia), atau tulisan mudahnya mengenai filem dalam majalah Hai keluaran Utusan Melayu lebih ringan. Johan terlibat dalam menggerakkan kegiatan berpuisi (Malam Puisi Utusan) serta mementaskan beberapa buah drama tahunan (antaranya "Lantai T. Pinkie" karya A. Samad Said dan "Anugerah" adaptasi daripada novel Zaharah Nawawi). Media arus perdana - Utusan Malaysia, Utusan Melayu, Mingguan Malaysia dan Utusan Zaman kembali menjadi tunggak kegiatan dan wadah budaya dan sastera. Majalah Pemikir, Mangga, Kawan, Cerdas Pintar, Saji, Rias dan Hai dan majalah sastera 'Karya' turut diterbitkan. Majalah Karya yang mahu diangkat setanding dengan Dewan Sastera, terpaksa ditutup ekoran kegawatan ekonomi 1998. Majalah Mastika, Wanita dan Al-Islam turut diberi sentuhan. Pada November 1992 beliau adalah 'orang luar' yang dibawa masuk se

Tengku Alias Taib (lebih dikenali sebagai penyair T. Alias Taib), anak Terengganu tulen, didewasakan oleh angin Laut China Selatan, nasi dagang, dan keropok. Semenjak mengangkat pena pada 1960, dia tidak menoleh ke belakang lagi dan terus menulis sehingga akhir hayatnya. Beliau menulis puisi, cerpen, esei, pantun, renungan (quotation), dan terjemahan. Buku kumpulan puisinya yang telah terbit ialah Laut Tak Biru Di Seberang Takir (1972), Pemburu Kota (1978), Seberkas Kunci (1985), Opera (1988), Piramid (1990), Petang Condong (1996), dan Pasar Pengalaman (2004). Selama 43 tahun T. Alias Taib meneruskan langkahnya dengan penuh tanggungjawab, sabar, dan yakin; mencari makna hidup di luar dan dalam dirinya, melebarkan cakerawala pengalaman dan pemikirannya di dalam dan luar tanahair. Pada 1986, T. Alias menghadiri Seoul Asian Poets Conference di Seoul, Korea Selatan; pada 1989 dia mengikuti penataran sastera anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka di Jakarta, Indonesia; pada 1994 dan 1995, dia mengikuti delegasi Persatuan Penulis Nasional (PENA) ke London, Paris, Frankfurt, Istanbul, Amman, dan Kaherah. Pada 2001, beliau dilantik writer-in-residence di Taipei, Taiwan, dan sekali gus mewakili Malaysia dalam Taipei 2001 International Poetry Festival (Festival Puisi Antarabangsa Taipei 2001). Tanggapan dan pemikiran T. Alias Taib tentang kehidupan sering dikaitkan dengan puisi. Keakraban dan kesebatian penyair prolifik ini dengan puisi sudah lama diketahui umum. Tidak ramai yang tahu beliau juga menghasilkan tulisan berbentuk kreatif dan bukan kreatif yang lain: esei, cerpen, puisi, dan madah. Bentuk tulisan yang rencam ini jelas memperlihatkan keupayaan penyair ini mempertahankan disiplin, komitmen, serta kesungguhannya memperluaskan pengucapan. Karya terbaru beliau yang sedanga diproses untuk terbitan ialah Kumpulan Pantun dan Renungan dan Selected Poems (kumpulan puisi pilihan yang diterjemahkan ke bahasa Inggeris oleh Eddin Khoo). –– Diadaptasi dari kulit belakang buku Di Sisi Pelita Minyak Tanah (Zebra Editions, 2003) yang merupakan koleksi esei, cerpen, puisi, dan madah tulisan T. Alias Taib. (Besar kemungkinan versi asalnya ditulis oleh T. Alias sendiri).



Shamsiah Mohd Nor dilahirkan pada 21 September 1965 di Kuantan, Pahang. Beliau mendapat pendidikan menengah pada 1972 - 1976 di Sekolah Menengah Perempuan Methodist, Kuantan, Pahang. Kemudian beliau menyambung pengajian tingginya pada tahun 1985 di Universiti Sains Malaysia (USM) dan memperoleh ijazah sarjana muda pada tahun 1989. Beliau memperoleh diploma pendidikan pada tahun 1993 daripada Institut Bahasa, Kuala Lumpur. Pada tahun 2001, beliau memperoleh Ijazah Sarjana Sastera dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau terkenal sebagai salah seorang penulis novel popular, sinonim dengan 4 siri novel "Tangisan Bulan Madu". Beliau juga menghasilkan "Sindora", "Bebunga Lalang", "Kemboja Berguguran", "Riana", "Koqin Karemo", "Selimut Malam", "Helang Bebas di Angkasa", "Anggerik Kota", "Anom Suraya", "Maya Pusara", "Sangkar" dan "Sebening Langit Senja". Beliau turut menghasilkan beberapa buah cerpen. Antara cerpen yang pernah tersiar ialah "Sindora" dalam URTV, "Lazuardi" dalam Berita Minggu, cerpen "Kembali Ke Perut" dan "Jangan Kau Menangis" tersenarai sebagai penerima hadiah saguhati HSKU 2001 dan 2002 bagi kategori Cerpen Umum. Kini beliau bertugas sebagai pegawai pendidikan siswazah di samping aktif dalam aktiviti persatuan serta aktiviti sosial masyarakat setempat.
Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Duyong, sebelum menyambung ke Sekolah Inggeris Dungun, Sekolah Menengah Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu dan seterusnya Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang serta pernah dihantar oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ke Indonesia untuk Penataran Sastera. Beliau menulis dalam hampir semua genre sastera, iaitu cerpen, puisi, novel, novel kanak-kanak dan drama termasuk 30 skrip drama pentas. Beliau menjadi pengasas kepada Perkumpulan Teater Terengganu (KUMPUTER), Ruang Teater Tamu (TETAMU) dan Persatuan Karya Negeri Terengganu (KARYA). Sebagai menghargai usahanya, beliau diangkat sebagai Tokoh Bahasa DBP pada 2005 untuk negeri Terengganu.