Margins
Nasyid VS Koir book cover
Nasyid VS Koir
2014
First Published
4.53
Average Rating
256
Number of Pages

Part of Series

Wilma kini berkuasa kembali sebagai ketua buletin. Perkara pertama yang dilakukan, diarahkan semua ahli-ahli menemuramah The Wannababes dan menetapkan tajuk buletin seterusnya sebagai 'Edisi Gosip Terhangat Sri Bangsar'. Walaupun ramai tidak setuju, tetapi masing-masing perlu akur dengan ketetapan ketua senior kuku besi itu. Betty pula didatangi kumpulan koir sekolah yang meminta pertolongannya untuk menulis berita tentang pencarian penyanyi utama kumpulan koir sekolah. Ini kerana penyanyi utama kini mengalami sakit tekak yang teruk dan tonsil yang membengkak. Kemungkinan besar tidak boleh menyertai pertandingan koir peringkat kebangsaan! Betty sememangnya prihatin, membawa aiskrim ke rumah penyanyi utama ini tetapi terserempak dengannya yang sedang memarahi kucing yang berak di laman rumah dengan suara nyaring. Kenapakah penyanyi utama itu mengatakan suaranya hilang, padahal sebenarnya okey sahaja menjerit pada si kucing yang terberak cirit? Mengapa beri alasan sedemikian, sedangkan Pertandingan Koir Kebangsaan yang sangat penting... bakal berlangsung dalam masa 2 minggu lagi? Memandangkan Betty sudah tidak memegang jawatan ketua editor, beliau terpaksa bergerak sendirian menyiasat perkara ini.

Avg Rating
4.53
Number of Ratings
19
5 STARS
63%
4 STARS
26%
3 STARS
11%
2 STARS
0%
1 STARS
0%
goodreads

Authors

Ain Maisarah
Ain Maisarah
Author · 53 books
Graduated with TESL degree from Universiti Darul Iman Malaysia.
548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
© 2025 Paratext Inc. All rights reserved