
Noir
By Rizal Ramli
2026
First Published
304
Number of Pages
Dalam tempoh hanya tiga hari: Suriati, mangsa keganasan rumah tangga akhirnya menemui jalan keluar – tetapi ramai yang terkorban akibat keputusannya. Inspektor Khalis dan Sub-Inspektor Vincent ditugaskan untuk menyelesaikan kes rompakan yang meragut nyawa orang awam. Rancangan Salman disabotaj, dan dia mahu membalas dendam kepada mereka yang menghalangnya. Saiful, suami penyayang yang curang, trauma apabila dia menyaksikan tragedi di depan mata. Dan Shantini berkonflik dengan keluarga kerana dia inginkan kebebasan. Berdepan dengan kesetiaan dan pembelotan, kerakusan dan harga diri, hitam putih kehidupan untuk mereka semua akan berubah selamanya.