Margins
Noktah Terjahit book cover
Noktah Terjahit
2017
First Published
4.25
Average Rating
135
Number of Pages

Buku ini adalah kumpulan refleksi peribadi yang terhasil selepas pengalaman demi pengalaman yang dilalui merentasi ranjau kehidupan yang masih baru. Ada yang berkait emosi, ada juga tentang kemiskinan, kebebasan, kedewasaan, pencarian kebenaran, dan tentunya berkait keperempuanan. Saya percaya setiap orang ada noktah masing-masing, tetapi tidak semua sanggup berhenti sejenak mengumpul kekuatan untuk menghubungkan noktah-noktah mereka. Saya pernah di situ, enggan menoleh dan mahu terus berlari mengejar ego sendiri. Tetapi langkah awal untuk menyambung episod-episod ini menuntut keberanian yang tinggi bagi menelan pahit kekurangan diri. Ringkas sahaja. Kerana saya berharap Noktah Terjahit menjadi pembuka kepada pembaca untuk menghubungkan noktah masing-masing. Saya hanya mahu berkongsi dengan sederhana, dan mengabadikan kesementaraan yang sebentar cuma. Ya, hidup yang sementara, seperti yang bonda saya ajarkan setelah tiada; Sesementara lukisan yang diukir di atas tanah kemudian dibasuh oleh air laut yang bergelombang, sekejap itulah realiti kehidupan dunia. -Nik Nur Madihah

Avg Rating
4.25
Number of Ratings
144
5 STARS
46%
4 STARS
38%
3 STARS
12%
2 STARS
3%
1 STARS
1%
goodreads

Author

548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
© 2026 Paratext Inc. All rights reserved