
"Kau sedar tak berapa kita bayar untuk masuk tandas tadi?" Tanya Azwa. Aku terpinga-pinga cuba mengingat kembali bayaran yang dibuat. "Kita bayar NOK20?" Tiba-tiba aku rasa seperti hendak tercekik. "Ya, kita bayar RM10 untuk masuk tandas." Azwa mengiyakan. Itulah siapa suruh melancong ke Norway. Serba-serbi mahal. Jawapannya satu perkataan sahaja. Aurora.