Margins
Orang Kaunter book cover
Orang Kaunter
2016
First Published
4.00
Average Rating
128
Number of Pages

Jauh Perjalanan Luas Pengalaman, itu kata bidalan. Tetapi, ia tidak relevan buat Rafi Harumin. Rafi hanya mengembara di seputar Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Walau langkah perjalanan Rafi dekat, tidak pula ia menyempitkan pengalamannya. Bagaikan span basuh pinggan yang mengamuk, Rafi mencerap seribu satu macam pengalaman para tetamu negara yang masuk melalui kaunter tempat dia bertugas. Setiap kali Rafi menanyakan dokumen pengenalan diri daripada mereka - dia selalu dapat: sama ada kad pengenalan yang telah dikemam di bibir nan berlendir atau pasport yang telah dikepit di celah ketiak nan basah. Ini pun sejenis pengalaman juga, kan! Kita mungkin tiada pengalaman sebegitu. Tetapi, Rafi ada! Dan, pengalaman itu Rafi kongsikan dalam buku travelog yang kelakar ini. Andai kamu tidak ketawa juga apabila membacanya, diharapkan buku ini dapat menjawab seribu satu macam teka teki yang sering dihadapi para pengguna perkhidmatan pengangkutan udara dan lapangan terbang di mana-mana jua sekali pun. "Pasport, encik!" Dia mungkin Rafi Harumin. Mana kita nak tahu, kan?

Avg Rating
4.00
Number of Ratings
12
5 STARS
17%
4 STARS
67%
3 STARS
17%
2 STARS
0%
1 STARS
0%
goodreads

Author

548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
© 2026 Paratext Inc. All rights reserved