Margins
Orang Patani di Malaysia book cover
Orang Patani di Malaysia
2021
First Published
4.54
Average Rating
257
Number of Pages

Perjanjian Inggeris-Siam dimeterai pada tahun 1909, sekali gus memisahkan Patani dengan Tanah Melayu. Kemudian, Siam berubah menjadi Thailand dengan Patani kekal dalam jajahan takluknya. Manakala Tanah Melayu diberi kemerdekaan oleh British, dan menjadi Malaysia. Seiring dengan perkembangan semasa, citra negara bangsa di kedua-dua negara semakin jelas kelihatan. Orang Patani diasak menjadi Thai-Muslim. Dalam masa yang sama, peraturan lintas sempadan Thai-Malaysia semakin ketat. Hal ini secara langsung telah mengubah status orang Patani ke Malaysia daripada Melayu dagang kepada orang asing. "Tahun ini, saya telah menerima seorang pelajar asing pendatang tanpa izin, ketika kerajaan sedang membanteras keberadaan pendatang asing tanpa izin di negara kita." Pengetua sekolah tempat penulis buku ini bersekolah menengah berucap dalam perhimpunan mingguan. "Kita orang Patani ni, tidak sudah dengan Malaysia juga." Seorang tukang masak yang mulanya bekerja di Malaysia, kemudian bekerja di Bangkok, dan kembali bekerja di Malaysia. "Kalau gi sor kelamin motong alik Malay, sekali buka duit, boleh 10 ribu ya." Penoreh tua yang membawa semua ahli keluarganya menoreh getah di Gerik, Perak, "Kerja Malay bukan buat kelik pitis, buat kelik ketum. Tauke kedai bagi periuk sor sor soghe buat rebus ketum." Seorang ayah di Patani yang kecewa.

Avg Rating
4.54
Number of Ratings
13
5 STARS
54%
4 STARS
46%
3 STARS
0%
2 STARS
0%
1 STARS
0%
goodreads

Author

548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
© 2025 Paratext Inc. All rights reserved