
ROSA gadis cantik dan bijak dizaman moden dibagunkan balik pada zaman silam 1730. Terperangkap pada zaman dahulu kala. Menjadikan dia sebagai 'MAWAR' anak kepada bendahara. Mawar anak gadis kepada bendahara dalam istana. Seorang yang lembab, senang di buli. Namun kebangkitan Rosa sebagai Mawar merubah segalanya. Seorang yang kasar, ceria, senang bergaul. Pertemuan tanpa sengaja yang sering terjadi antara Mawar dan putera Belawa anak isteri kedua dari mahajara Tiwahung menjadikan mereka sering berjumpa. "Kau siapa ha?" - Mawar aka Rosa. "Kau tak kenal siapa aku?" Jejaka kacak yang duduk diatas kuda tu jungkit kening. "Ish.. tak ada masa nak kenal kau.. masalah aku pun banyak tak settle lagi." Jejaka itu senyum. "Jauh berjalan sampai dalam istana.." jejaka itu peluk tubuh sambil berdiri depan Rosa. "Cari ayah." "Cari ayah atau cari saya?" Dia senyum. Oh shit! Kat mana-mana pun dia ada. "Ayah kenalkan ini Putera Belawa." What? Putera? O-m-g Dari pertemuan ke pertemuan itu wujud rasa cinta di hati mereka. "Saya tak sanggup berpisah dengan awak Mawar. Jadi isteri saya?" Putera Belawa. Sehinggalah pada suatu hari, putera sulung Dekamatra yang tidak puas hati dengan Putera Belawa telah meracun Belawa dan jadikan Mawar sebagai isteri no 3 dia. Kerana sumpah setia. Mawar dan Belawa berjanji untuk jumpa pada kelahiran seterusnya. 2019 Pertemuan tak dijangka antara Rosa (Mawar) dan Luth Mikael (Belawa) membawa kisah baru di zaman milenia. Bagaimana kisah hidup meraka? Adakah persis kisah Mawar dan Belawa di zaman dahulu? "Tepi sikit nak lalu." Luth Mikael. "Awak..awak.. Putera Belawa?" "Saya Luth Mikael. Bila masa pulak jadi Belawa?" Dia tergelak kecil. "Tapi saya macam pernah jumpa awak tapi tak ingat dekat mana.." dia sambung lagi. Mampukah mereka bersatu semula menuntut janji-janji yang telah dibina pada suatu ketika dahulu? Semuanya bakal terjawab dalam naskah Pada Suatu Hari.