
Part of Series
"Penghasilan novel ini bertujuan memperkenalkan kepada masyarakat mengenai sejarah kehidupan salah seorang tokoh besar pahlawan Melayu yang sekian lama terpendam dalam lipatan sejarah empayar negeri Kedah iaitu Dato' Seri Paduka Raja Laksamana Wan Ismail bin Wan Muhammad Long atau dikenali sebagai Panglima Ismail. Pengorbanannya dalam mempertahankan kedaulatan Kedah daripada ancaman penjajahan asing seperti Sukhothai dan Inggeris serta jasanya membangunkan Kedah sepanjang era 1800-an begitu besar ... Hasil perjuangannya, ilmu dan seni peperangan asal negeri Kedah iaitu Silat Cekak dapat diwarisi oleh orang Melayu sehingga kini." YM Datuk Haji Maideen Kadir Shah Guru Utama dan Presiden Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia
Author

Abdul Latip Talib, penulis kelahiran Negeri Sembilan ini sedang mengukir nama di persada sastera tanah air. Dilahirkan di Kg. Ulu Seperi, Rembau, Negeri Sembilan mula menceburkan diri dalam bidang penulisan pada tahun 1990 dalam pelbagai genre; skrip drama TV, cerpen, puisi, dan novel. Sejak itu karyanya banyak meraih hadiah seperti Sayembara Cerpen Berunsur Islam, Hadiah Sastera Utusan, Sayembara Cerpen Perpaduan, dan Anugerah Sastera Negeri Sembilan. Novel Randau Ruai memenangi hadiah pertama Peraduan Menulis Sastera dan Budaya Sarawak manakala novel remaja Beraraklah Awan Pilu memenangi Hadiah Sastera Utusan 2005. Penulis ini telah menghasilkan novel pahlawan Islam Salahudin Ayubi, Khalid Walid, Ikramah Abu Jahal, dan Tariq Ziyad. Kesemuanya diterbitkan oleh PTS.