Margins
2023
First Published
3.20
Average Rating
1
Number of Pages

Mira tak pernah merancangnya! Malah, bukan pelan Mira langsung untuk melakukannya! Mana mungkin dia ada pelan untuk menamatwatkan riwayat pembantu rumahnya sendiri, Sumi, yang dipercayai semenjak dulu lagi? Namun, hal itu tetap berlaku. Mira telah membunuh Sumi tanpa niat! “Sumi dah mati, bang.” - Mira “Mati?” - Nawawi “Macam mana dia boleh...” - Mira “Mira tak sengaja.” - Nawawi Nawawi terkejut bila tahu apa yang telah Mira lakukan. Malah, lebih mengejutkan, isterinya yang selama ini hanya terlantar dan tidak boleh bergerak ke mana-mana tanpa bantuan Sumi atau dia, tiba-tiba sahaja sudah boleh berdiri dan berjalan sendiri. Nawawi tidak faham apa yang sedang berlaku. Bagaimana isterinya itu boleh pulih dengan tiba-tiba? Dan, mengapa pula tiba-tiba saja Mira bertindak membunuh Sumi, dengan tak sengaja? “Selama ni dia menipu Mira dan abang.” - Mira “Maksudnya apa?” - Nawawi “Mira lumpuh dah bertahun-tahun, bang. Sumilah penyebabnya. Dia yang sebabkan Mira lumpuh!” - Mira Tidak Nawawi sangka sebegini mudah hidupnya dan Mira boleh berubah. Hanya dengan satu kesilapan, segala kebahagiaan milik mereka bakal luntur dan runtuh. “Biar apa pun yang kita buat, kita tak tak boleh biarkan sesiapa pun tahu pasal benda ni. Ini rahsia kita, Mira.” - Nawawi

Avg Rating
3.20
Number of Ratings
5
5 STARS
20%
4 STARS
0%
3 STARS
60%
2 STARS
20%
1 STARS
0%
goodreads

Author

Zaifu Zaman Ahmad
Author · 36 books
Anak kelahiran Muar, Johor ini mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Panglima Adnan, Port Dickson sebelum meneruskan pengajiannya di Sekolah Menengah Sri Rusa, Port Dickson dan Sekolah Menengah Tengku Mahkota, Muar, Johor. Minatnya dalam penulisan kreatif bermula sejak di bangku sekolah lagi. Pada mulanya, dia menulis hanya untuk main-main sahaja tetapi apabila mendapat galakan dari ibu bapa dan kawan-kawan, barulah beliau berani menghantar karya-karya ke syarikat-syarikat untuk diterbitkan. Beliau telah melibatkan diri dalam bidang penulisan novel bermula pada tahun 1994.
548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
© 2026 Paratext Inc. All rights reserved