
Menghimpunkan 10 buah cerpen remaja yang meraih Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2005. Cerpen-cerpen tersebut merupakan hasil cipta penulis generasi baharu dan pengarang kawakan tanah air. Sarat dengan nilai motivasi dan bersifat eksploratif, karya-karya tersebut mengankat isu tempatan di samping meneroka sehingga ke wilayah antarabangsa, berbicara tentang keadilan jagat, cinta dan kasih sayang, kecekalan semangat, prinsip kebenaran, peperangan, dan pengorbanan-kesemuanya sangat bermanafaat untuk membijaksanakan khalayak. Ditulis dengan bahasa yang menarik dan teknik yang pelbagai, cerpen-cerpen tersebut dapat menguja daya taakulan di samping menghiburkan. Hadiah Utama Pelangi, Kami Ingin ke Sana (Ariff Mohamad) Dia Berikan Tangannya (Rahmat Purnama Mulya) Kampung Hati Ayah (Ummi Hani Abu Hassan) Hadiah Saguhati Ratu Kosmetik (Faisal Tehrani) Mergastua dan Kotak Batu (Zaharah Nawawi) Cikgu Apek (Siti Hajar Mohd. Zaki) Anak Gelandangan (Mohd. Hashim Osman) Gadis Bunga di Tasik Dal (Zaharah Nawawi) E-mel Seorang Lelaki (Muhammad Lutfi Ishak) Rabiatul Adawiyah (A. Ghani Abdullah)