Margins
Pembaca Watak book cover
Pembaca Watak
2024
First Published
4.83
Average Rating
1
Number of Pages

Part of Series

dia penghuni matang dunia mengarang kerjanya memerhati lalu-lalang dan membaca watak orang. watak bacaannya hidup dalam darahnya bagai ratusan patung wayang hidup subur di darah dalang Pembaca Watak menghimpun 60 puisi terbaik T. Alias Taib sepanjang penulisan beliau. Naskhah ini merupakan jelmaan kepada kegigihan T. Alias dalam menekuni dan mentafsir pelbagai warna kehidupan yang berlegar di persekitarannya. T. Alias Taib seorang perakam dengan mata ketiga, mata intuisi yang tajam – deria yang gemar meneroka dan menerka. Watak-watak di sekelilingnya ibarat silang kata yang sarat cerita dan curiga. Dengan kata dan metafora, beliau menjelmakan semula pengalaman dengan emosi dan puisi.

Avg Rating
4.83
Number of Ratings
6
5 STARS
83%
4 STARS
17%
3 STARS
0%
2 STARS
0%
1 STARS
0%
goodreads

Author

T. Alias Taib
T. Alias Taib
Author · 4 books

Tengku Alias Taib (lebih dikenali sebagai penyair T. Alias Taib), anak Terengganu tulen, didewasakan oleh angin Laut China Selatan, nasi dagang, dan keropok. Semenjak mengangkat pena pada 1960, dia tidak menoleh ke belakang lagi dan terus menulis sehingga akhir hayatnya. Beliau menulis puisi, cerpen, esei, pantun, renungan (quotation), dan terjemahan. Buku kumpulan puisinya yang telah terbit ialah Laut Tak Biru Di Seberang Takir (1972), Pemburu Kota (1978), Seberkas Kunci (1985), Opera (1988), Piramid (1990), Petang Condong (1996), dan Pasar Pengalaman (2004). Selama 43 tahun T. Alias Taib meneruskan langkahnya dengan penuh tanggungjawab, sabar, dan yakin; mencari makna hidup di luar dan dalam dirinya, melebarkan cakerawala pengalaman dan pemikirannya di dalam dan luar tanahair. Pada 1986, T. Alias menghadiri Seoul Asian Poets Conference di Seoul, Korea Selatan; pada 1989 dia mengikuti penataran sastera anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka di Jakarta, Indonesia; pada 1994 dan 1995, dia mengikuti delegasi Persatuan Penulis Nasional (PENA) ke London, Paris, Frankfurt, Istanbul, Amman, dan Kaherah. Pada 2001, beliau dilantik writer-in-residence di Taipei, Taiwan, dan sekali gus mewakili Malaysia dalam Taipei 2001 International Poetry Festival (Festival Puisi Antarabangsa Taipei 2001). Tanggapan dan pemikiran T. Alias Taib tentang kehidupan sering dikaitkan dengan puisi. Keakraban dan kesebatian penyair prolifik ini dengan puisi sudah lama diketahui umum. Tidak ramai yang tahu beliau juga menghasilkan tulisan berbentuk kreatif dan bukan kreatif yang lain: esei, cerpen, puisi, dan madah. Bentuk tulisan yang rencam ini jelas memperlihatkan keupayaan penyair ini mempertahankan disiplin, komitmen, serta kesungguhannya memperluaskan pengucapan. Karya terbaru beliau yang sedanga diproses untuk terbitan ialah Kumpulan Pantun dan Renungan dan Selected Poems (kumpulan puisi pilihan yang diterjemahkan ke bahasa Inggeris oleh Eddin Khoo). –– Diadaptasi dari kulit belakang buku Di Sisi Pelita Minyak Tanah (Zebra Editions, 2003) yang merupakan koleksi esei, cerpen, puisi, dan madah tulisan T. Alias Taib. (Besar kemungkinan versi asalnya ditulis oleh T. Alias sendiri).

548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
© 2026 Paratext Inc. All rights reserved